Setiap ibu bapa semestinya menaruh harapan yang tinggi agar anak-anak berjaya dalam pelajaran. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali peperiksaan besar, ibu bapa yang paling berdebar-debar kerana mereka bukan sahaja mengharapkan kejayaan, malah turut merasai tekanan dan kegelisahan dilalui oleh anak-anak.Lebih-lebih lagi selepas keputusan diumumkan, media sosial dipenuhi dengan perkongsian kejayaan cemerlang, tanpa sedar ia boleh memberi tekanan emosi kepada segelintir ibu bapa. Itulah yang diluahkan oleh seorang ibu apabila mengakui dirinya tertekan setiap kali membuka laman sosial kerana rata-ratanya memuat naik keputusan 9A bagi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) anak masing-masing sejak ia diumumkan pada Rabu lalu. Ibu dan bapa sewajarnya memberi sokongan agar anak berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh. -Gambar hiasan AI"Bukannya isu tak bersyukur dan tak hargai anak. Tapi dia datang perasaan down tu. Nak berdamai dengan takdir tapi susah betul. "Pagi tadi sembang-sembang dengan husband, dia kata dia terasa lelah dan penat sebab rasa macam-macam dia dah buat usaha untuk anak. Tapi belum excellent.ARTIKEL BERKAITAN: "Takkan nak didik macam askar" - Bapa lempang muka anak 3 tahun sebab bising, beri alasan ikut didikan ibu masa kecilARTIKEL BERKAITAN: “Bodoh la, menyusahkan!” - Bapa baran tengking anak meragam di restoran, potong ‘mood’ nak bersenang-lenang sambil makan"Pagi ni pula saya nangis teruk... tertanya-tanya di mana silapnya," tulisnya dalam hantaran di Threads.Menurut wanita berkenaan, anaknya memperoleh 7A dan 2B untuk peperiksaan tersebut. Tambahnya, sukar untuk menggambarkan perasaan apabila merasakan sudah berusaha semaksimum mungkin demi anak, tetapi keputusan tidak seperti yang diimpikan. Seorang wanita tertekan apabila media sosial dipenuhi perkongsian keputusan cemerlang UPKK anak masing-masing.Dia dan suami kecewa anak memperoleh 7A 2B.Bukan tidak bersyukur, tetapi dia mengakui terlalu 'down' kerana pelbagai usaha telah dibuatDia tertanya-tanya di mana silap anaknya tidak memperoleh 9A.Perkongsian itu mengundang kecaman warga maya yang menyifatkannya tidak bersyukur dan bersikap toksik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Susah nak explain perasaan ni. Sampai ada rasa down dan putus asa tak nak fokus untuk PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) dah," luahnya lagi.Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya, rata-rata bukan saja meluahkan kesal dengan sikap wanita berkenaan, malah mengecamnya kerana tidak pandai bersyukur.Malah ramai juga menganggap wanita itu sebagai seorang ibu yang bersifat toksik terhadap anaknya.Sebahagian daripada komen netizen.Merendah-rendahkan anakMenurut pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun, merendah-rendahkan anak adalah salah satu daripada 10 dosa ibu bapa terhadap zuriat mereka."Dalam usaha mendidik anak mengikut cara Nabi Muhammad SAW, penting bagi ibu bapa memahami kesan besar daripada setiap kata dan perlakuan terhadap anak-anak mereka," menurutnya.Selain merendah-rendahkan anak, antara dosa lain ibu bapa adalah menengking, membandingkan dengan anak orang lain, mendoakan perkara yang buruk dan membuka aib anak di hadapan orang lain.