ANAK sering menjadi mangsa keadaan apabila pasangan suami isteri bercerai apatah lagi jika perpisahan itu tidak berakhir dengan baik.Biasanya anak akan dijadikan sebagai 'senjata' dalam menegakkan ego masing-masing sehingga emosi mereka terabai dan rasa dipinggirkan. Apabila perkara itu berlaku anak-anak akan sentiasa berada dalam keadaan tertekan, tidak selamat sehingga ada di antara mereka menolak untuk bertemu atau bermalam dengan ibu atau bapa ketika giliran hak lawatan.Dalam situasi ini, ibu bapa perlu menolak ke tepi perasaan ego masing-masing dan perlu berhemah dalam sebarang komunikasi dan kesejahteraan emosi anak dalam isu hadanah.Peguam syarie, Farhan Fadzil menjelaskan ada beberapa tindakan boleh diambil sekiranya anak enggan mengikut ibu atau bapa semasa hak lawatan.Bagaimanapun kekerasan bukan pilihan sebaliknya boleh mencuba beberapa cara seperti berikut;1. Bina hubungan dan kepercayaanJangan memaksa. Dekati anak dengan lembut, luangkan masa berkualiti dalam persekitaran yang selesa dan bina semula kasih sayang.2. Patuhi perintah mahkamahWalaupun anak tidak mahu, teruskan usaha lawatan mengikut masa yang ditetapkan. Pihak yang mendapat hak jagaan (hadhanah) tidak boleh menghalang.3. Kaunseling atau mediasiJika penolakan berterusan, mohon pihak mahkamah untuk sesi kaunseling bagi memahami punca anak enggan ikut serta.4. Ubah perintah mahkamahJika anak benar-benar menolak dengan kemungkinan mereka sudah matang dan tidak mahu, anda boleh memfailkan permohonan untuk mengubah perintah hak lawatan (hadhanah atau hak lawatan).5. Dokumentasikan kejadianCatat setiap kali lawatan gagal (tarikh, waktu, alasan anak atau bekas pasangan) untuk dijadikan bukti di mahkamah jika perlu.