suria

Wanita menyirap tukang mandi jenazah bermulut puaka, marah-marah ketika urus arwah ibu... Langsung tak fikir perasaan waris!

Mengurus jenazah ahli keluarga adalah momen terakhir yang akan diingati. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila detik terakhir bersama Allahyarham ibunya terpahat memori pahit gara-gara sikap pengurus jenazah yang tidak profesional.

Berkongsi cerita, kejadian berlaku ketika dia sama-sama menyertai proses memandikan jenazah ibunya sebagai tanda khidmat bakti yang terakhir.

Namun malangnya, proses itu diketuai pengurus jenazah yang disifatkan sebagai tiada adab selain sering menghamburkan kemarahan ketika menjalankan tugas.

Sebagai waris kata wanita itu, situasi itu turut merosakkan perasaan mereka yang sedang bersedih atas pemergian ibu tercinta.

Setiap individu perlu mengetahui cara menguruskan jenazah. -Gambar hiasan

Setiap individu perlu mengetahui cara menguruskan jenazah. -Gambar hiasan

"Rezeki kami dapat tukang mandi jenazah yang tak mesra langsung! Asyik nak marah-marah.

"Dalam fikiran aku, waktu memandikan jenazah adalah tempoh untuk aku luangkan masa sepenuhnya bersama mak.

"Tapi apabila makcik itu garang dan suka marah-marah, perasaan itu...," luahnya di Threads.

Apa lebih menyentap hatinya, pengurus jenazah itu seolah-olah tidak menghormati perasaan ahli keluarga yang sedang berduka.

  • Wanita terkilan detik akhir bersama ibu tercemar sikap pemandi jenazah.
  • Dakwa individu itu garang, suka marah ketika urus jenazah.
  • Turut dituduh tak sensitif, sempat berjual dalam bilik jenazah.
  • Pengadu harap tindakan tegas diambil agar tak berulang.
  • Netizen simpati, kongsi pengalaman serupa dengan pemandi jenazah kasar.

"Kami siap 'mengadu' dekat mak (arwah) masa itu, mak tengok makcik tu, nak marah-marah. 

"Makcik itu siao boleh berjual lagi dalam bilik jenazah. Manalah sikap empati dan kemanusiaan dia?," ujarnya.

Kecewa dan terkilan dengan sikap pengurus jenazah berkenaan, wanita itu berharap agar pengurusan masjid mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Ini bagi memastikan kejadian serupa tidak berulang kepada keluarga lain yang sedang berdepan kehilangan orang tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kejadian seram, tapi pemandi jenazah diuji ketika urus mayat obesiti - “Badan kamu amanah Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih ibu baru meninggal, anak tak sangka pihak masjid tiada toleransi... Desak bayar segera kos urus jenazah

"Aku haraplah makcik tu selepas ini kena pecat," tegasnya.

Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran itu, ramai meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa wanita itu malah ada berkongsi cerita berdepan situasi sama.

"Memang ada pemandi jenazah perangai macam itu. Teringat masa mandikan arwah nenek, individu itu kasar sangat tarik jenazah nenek saya.

"Rasanya memang ramai pemandi jenazah jenis garang. Kita ni tengah bersedih, tiba-tiba kena layan orang bising-bising pula," antara komen netizen.

Artikel Lain