LULUH hati seorang wanita apabila dibukakan 'hijab' tentang sikap sebenar keluarga mentua yang selama ini dihormati dan disayangi.Semuanya selepas dia bertindak berpatah balik ke rumah mentua bagi mengambil barang yang tertinggal. Namun rupa-rupanya ia adalah petunjuk yang hendak diberikan kepadanya tentang wajah sebenar keluarga tersebut.Ujarnya, perkara yang disaksikan membuat hatinya terasa disiat-siat dan ahli keluarga mentua juga terkejut melihat kelibatnya yang muncul di depan pintu rumah.Setiap menantu perlu pandai mengambil hati mentua. -Gambar hiasan AI"Saya baru gerak dari rumah mentua, tak keluar lagi dari kawasan taman. Tiba-tiba teringat ada benda tertinggal. "Jadi terus bagi salam dan bapa mentua yang buka pintu. Ternampak ibu mentua, ipar dan anak-anak buah tengah makan juadah sedap, muka mereka semua berubah," luahnya di Threads.Dakwanya lagi, seolah-olah menutup rasa bersalah, keluarga mentuanya terus mengajaknya menikmati hidangan tersebut.Malah katanya, situasi tersebut sekali gus menjawab segala teka-teki yang bermain difikirannya selepas terdengar perbualan 'tak apa tunggu dia balik dulu, baru keluarkan'.Wanita sedih terasa dipinggir keluarga mentua.Terserempak mereka makan sedap tanpa pelawanya.Sebelum itu pernah dengar perbualan mencurigakan.Terasa layanan berbeza antara anak dan menantu.Netizen simpati, anggap mentua bersikap pilih kasih.Ringkasan ini dijana oleh AI"Waktu kami ada, tak nampak pun hidangan tu, mungkin Allah nak tunjuk atau mainan perasaan sendiri."Sebelum ini pernah jadi dan terdengar mereka borak tapi tak tahu benda apa."Apabila dah nampak depan mata, macam puzzle yang lengkap pula," tambahnya mengimbau momen yang pernah berlaku.Mengakui rasa sedih dan kecewa dengan sikap mentuanya, pengadu turut mempersoalkan mengapa layanan kasih sayang yang diberikan perlu berbeza antara anak kandung dan menantu.ARTIKEL BERKAITAN: Mentua ‘triggered’ baca komen menantu dalam grup WhatsApp keluarga... Tak sampai 24 jam terus ‘tendang’ keluar!ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkedu, hati budi mentua terbongkar lepas 'tipu' suami belikan emas! - "Dalam Islam, mak nombor satu"Perkongsian tersebut menyentuh emosi netizen yang rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya."Toksik gila! Benda makan pun nak sorok-sorok. "Pandang ke depan sis, jaga hati sendiri dan anak-anak. Dah orang pilih kasih dan bezakan anak menantu, apa boleh kita buat?"Kalau ada duit sendiri, sila balas dendam dan pergi makan sedap-sedap pula," antara reaksi netizen.