BUKAN senang menjaga orang sakit dan ia tugas yang menuntut kesabaran serta kekuatan fizikal dan mental.Seorang wanita berkongsi pengalaman berdepan situasi tidak dijangka ketika sedang menjaga ibunya yang terlantar sakit di sebuah hospital. Ceritanya, selepas selesai membersihkan ibunya, dia didatangi seorang wanita yang meminta bantuan untuk mencuci najis suaminya.Bantuan jururawat diperlukan dalam menguruskan pesakit. -Gambar hiasan AI"Ada seorang makcik ini usia dalam 50-an datang dan cakap adik, nanti tolong cuci berak suami saya ya."Aku macam terkedu sekejap dan terus beritahu dia yang aku bukannya jururawat dan hanya bersihkan ibu sendiri sahaja," kongsinya.Katanya, makcik itu kemudian menjelaskan dia sudah beberapa kali meminta bantuan jururawat namun mereka sedang sibuk dengan tugasan lain.ARTIKEL BERKAITAN: “Dia suruh saya pegang” - Doktor trauma diganggu pesakit miang, lari keluar klinik elak jadi mangsa gangguan seksualARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru lepas bersalin melilau cari suami di ruang parkir sambil usung bayi, beg - “Bini turun wad 'discharge' sendiri”"Masa itu aku memang pakai sarung tangan dan nampak sedikit kotor, mungkin dia ingat aku jururawat."Aku memang tak cuci la, tengah urus mak masa itu. Makcik itu nampak tertekan, mungkin sebab baru masuk wad jadi dia tak biasa," jelasnya.Kongsi wanita itu lagi, sepanjang ibunya dimasukkan ke wad, dia banyak mempelajari cara menguruskan pesakit termasuk membersihkan dan menukar lampin.Wanita diminta makcik cuci suaminya, walaupun bukan jururawat.Dia hanya menjaga ibu dan belajar urus pesakit sendiri.Makcik dipercayai tertekan, jururawat pula sibuk.Awalnya panik, kini lebih biasa urus ibu di wad.Netizen kata makcik mungkin geli atau tidak biasa.Ringkasan ini dijana oleh AI“Awal-awal memang panik. Mak pun risau dan minta buat cepat, tapi aku cakap tak boleh tergesa-gesa, nanti tak bersih dan boleh menyakitkan dia,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan makcik tersebut mungkin geli untuk menguruskan suaminya dalam keadaan bernajis."Kenapa pulak dia nak suruh orang lain buat untuk suami dia. Geli la tu."Suruh perempuan lain yang tak ada kena mengena lagi la orang tu geli, lagi pula aurat kan tu," komen warga maya.