suria

Pekerja hanya hantar makanan, selebihkan pelanggan buat sendiri... Wanita pelik tujuan peniaga kenakan caj perkhidmatan 10 peratus

Ramai peniaga memilih konsep perniagaan F&B berasaskan layan diri. -Gambar hiasan AI

BAGI kebanyakan kita, aktiviti menjamu selera di kedai atau restoran sepatutnya menjadi waktu untuk berehat dan menikmati hidangan tanpa melelahkan. 

Namun sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha makanan dan minuman (F&B) memilih kaedah layan diri sebagai konsep perniagaan.

Di Thread, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia perlu membayar servis perkhidmatan meskipun premis F&B yang dikunjunginya mengamalkan konsep layan diri.

Terdapat premis yang menetapkan pelanggan perlu membersihkan meja yang digunakan. -Gambar hiasan AI

Terdapat premis yang menetapkan pelanggan perlu membersihkan meja yang digunakan. -Gambar hiasan AI

"Boleh ke kalau kedai makan berhenti caj servis perkhidmatan sekiranya pelanggan perlu layan diri sendiri dan imbas kod QR?

"Saya imbas menu sendiri, isi pesanan, jalan ke kaunter untuk bayar sendiri guna tunai atau QR," luahnya yang mengakui pelik apabila bil yang diterima tetap disertakan dengan caj tambahan sebanyak 10 peratus.

Lebih mengecewakan, dia juga mendakwa pelanggan diminta untuk mengemas meja selepas selesai makan.

  • Pelanggan hairan dikenakan caj servis walau konsep layan diri.
  • Pesanan dibuat sendiri, bayar di kaunter atau QR.
  • Tetap dicaj 10% meski pelanggan kemas meja sendiri.
  • Dakwa pekerja hanya hantar makanan ke meja.
  • Netizen persoal kewajaran caj servis tersebut.

Baginya caj yang dikenakan tidak bertepatan dengan perkhidmatan yang ditawarkan berikutan pekerja hanya menghantar makanan semata-mata.

"Apa yang sebenarnya perkhidmatan dicaj tu? Pekerja hanya hantar makanan je.

"Bil datang dengan 10 peratus servis perkhidmatan, untuk apa sebab tak ada bantuan langsung," tambahnya mempersoalkan kewajaran caj yang dikenakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan bersendirian pun jadi isu... ‘Lone ranger’ terkejut dipanggil bos, tak sangka rakan sekerja buat aduan

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi kedai Kelantan, isteri lihat sendiri pelayan tersengih dan menggeletis layan suami! Patutlah hari-hari tapau sarapan

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata turut mempersoalkan tujuan caj servis perkhidmatan diperkenalkan.

"Kita layan diri daripada A hingga Z, kenapa kena caj servis perkhidmatan tu? Tak masuk akal.

"Saya setuju sebab kita yang beratur ambil makanan, pinggan pun alas dengan plastik sebab mungkin tak basuh," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain