suria

Makan bersendirian pun jadi isu... ‘Lone ranger’ terkejut dipanggil bos, tak sangka rakan sekerja buat aduan

Setiap aduan dan teguran daripada pihak atasan adalah untuk membina sahsiah diri individu. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan, segelintir individu lebih selesa menghabiskan waktu rehat atau menikmati hidangan secara bersendirian ketika berada di tempat kerja.

Namun, bagi seorang lelaki ini, tindakan yang dianggap biasa itu tidak disangka mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan sekerja.

"Aku tak bercampur dengan sesiapa apabila keluar makan dan apabila aku makan.

Elakkan bergosip dan tegur kesalahan pekerja baharu secara berhemah. -Gambar hiasan AI

"Aku makan seorang je dan tak pelawa sesiapa untuk makan," luahnya di Threads.

Meskipun kedengaran lucu, namun ujarnya, situasi yang berlaku itu membuatkan dia dipanggil pegawai atasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja baharu buat silap langsung tak ditegur... Staf senior lebih suka 'membawang', terus mengadu dekat bos

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan

"Manager panggil aku sebab ada aduan mengenai aku, tapi sebab (makan bersendirian) itu je," tambahnya yang terkejut dengan perkara tersebut.

Baginya, setiap orang mempunyai hak dan cara tersendiri untuk menghabiskan waktu rehat yang diperuntukkan selama satu jam.

  • Lelaki lebih selesa makan bersendirian waktu rehat.
  • Tindakan itu buat rakan sekerja tak puas hati.
  • Didakwa kerana tak pelawa orang lain makan.
  • Dipanggil pengurus susulan aduan diterima.
  • Netizen simpati, kata setiap orang berhak tentukan cara rehat.

Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati, selain berpandangan bahawa setiap individu berhak menentukan cara masing-masing menghabiskan waktu rehat.

Tidak kurang juga, ada segelintir netizen turut berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh bekerja.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Ada orang cakap saya biadab dalam emel rasmi, rupa-rupanya sebab tak masukkan emoji senyum... bos aku pun tepuk dahi.

"Korang yang jenis pendiam dan buat kerja tapi dipalau ni tak perlu risau. Korang tak salah, cuma ada dekat tempat yang salah je.

"Kena panggil dengan pengurus sebab orang buat aduan aku menjeling... bila masa pula aku menjeling," demikian sebahagian komen netizen.

 

Artikel Lain