SIAPA sangka, walaupun baru berusia sembilan tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah mampu membuat keputusan besar untuk 'memadam' terus kewujudan bapa kandungnya.Situasi menyentuh hati itu dikongsikan ibu kanak-kanak terbabit yang turut mengakui terkejut dengan tingkah laku berkenaan. "Baru-baru ini, bekas suami yang dah lama menghilangkan diri cuba untuk berhubung dengan anak aku.Pergolakan rumah tangga pastinya memberi kesan kepada anak-anak. -Gambar hiasan "Dia jumpa masa budak ni umur tujuh hari, itupun sebab nak daftar kelahiran kat JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) yang perlukan MyKad asal bapa."Dia buat drama tak mahu permudahkan urusan sampai cakap tu bukan anak dia," luahnya di Thread.Mengakui terguris dengan kata-kata bekas suaminya, dia turut meluahkan keengganan untuk bertemu mahupun memaafkan, meskipun lelaki terbabit menemui ajal.ARTIKEL BERKAITAN: Menghilang 6 tahun, bapa tiba-tiba muncul… Rupanya sebab rumah, tergamak jual harga tinggi sampai tak mengaku anakARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak”Justeru dia tidak menyangka lelaki berkenaan secara tiba-tiba cuba menghubungi anaknya melalui media sosial pada penghujung Disember lalu."Tak tahu macam mana dia jumpa (akaun media sosial anak). Saya dah padam akaun lama dulu lepas tahu dia selalu stalk dan ambil video anak-anak untuk hantaran media sosial dia, konon 'terpaling bapa'."Dia ada tinggalkan komen pada hantaran anak saya," jelasnya sambil menyatakan dia pernah menunjukkan wajah bekas suaminya pada anak-anak.Kanak-kanak 9 tahun sekat bapa kandung di media sosial.Bapa lama menghilang, pernah nafikan status anak.Cuba hubungi semula hujung Disember lalu.Anak padam komen, DM dan terus ‘block’.Netizen sokong, kata anak faham dan bertindak matang.Ringkasan ini dijana oleh AIMengakui dirinya tidak pernah bercerita buruk mengenai lelaki tersebut, dia meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui setiap komen dan mesej personal dipadam anak perempuannya itu."Anak perempuan saya delete komen dan friend request yang ayah dia hantar. Mesej personal (DM) yang ucap Happy Birthday pun dia padam tanpa membacanya."Dia siap hubungi saya tanya macam mana nak private akaun dan terus block bekas suami," tambahnya.Warga maya bersetuju dengan tindakan anak wanita ini.Lebih mengejutkan apabila anak perempuannya turut menyekat akaun lelaki terbabit di media sosial abangnya.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya bersetuju dengan tindakan anak perempuannya."Tak perlu risau pasal wali sebab bapa yang tak memberi nafkah, anaknya boleh ambil wali hakim. Pengalaman rakan saya."Sama macam ayah saya, dulu suruh tukar bin dan binti pada anak-anaknya, nafkah pun tak bagi tapi sekarang cakap kitaorang yang lupa dia."Saya tak salahkan anak awak sebaliknya berbangga dengan tindakan yang dibuat," demikian reaksi netizen.