LUMRAH bagi pasangan baru mendirikan rumah tangga, ada yang terpaksa tinggal bersama keluarga kerana kekangan kewangan terutama pada awal perkahwinan.Namun, situasi itu kadangkala mengundang cabaran tersendiri, khususnya daripada segi privasi. Seorang wanita meluahkan rasa kurang selesa apabila ruang peribadinya bersama suami sering terganggu sepanjang menetap di rumah mentua.Pasangan suami isteri digalakkan tinggal berasingan daripada ibu bapa bagi mengelak konflik. -Gambar hiasan AI"Aku baru je kahwin, dalam tujuh bulan macam tu. Sekarang masih tinggal di rumah mentua. Tapi kadang-kadang mentua suka masuk bilik."Lagi masalah, tombol pintu bilik kami tu tak boleh dikunci," kongsinya di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas setahun lari daripada tanggungjawab, ibu balik rumah hantar kad kahwin... Maka terjadilah ‘drama’ depan pintuARTIKEL BERKAITAN: Dah kahwin tapi masih ‘mencekik’ duit orang tua, adik geram abang anggap mak ayah mesin ATM... Dapat RM1k sebulan pun tak bersyukur!Dia turut berkongsi hubungan intimnya bersama suami terganggu apabila ibu mentuanya akan meminta bantuan secara tiba-tiba."Masa kami tengah nak 'bersama', mak dia datang nak minta tolong. Jadi tergendala la benda tu sejam. "Aku cukup takut masa tengah 'bersama' tu, tiba-tiba mak dia buka pintu," luahnya. Wanita itu berkata, dia pernah terfikir untuk menukar tombol pintu agar boleh dikunci, namun bimbang dianggap tidak menghormati mentua.Wanita tidak selesa tinggal dengan mentua.Pintu bilik tidak boleh dikunci.Momen bersama suami terganggu.Rancang pindah tapi kekangan duit.Netizen minta lebih tegas.Ringkasan ini dijana oleh AIPasangan tersebut pernah berbincang untuk mencari rumah sewa bagi mendapatkan lebih privasi, namun hasrat itu tertangguh apabila suaminya memaklumkan komitmen kewangan yang tinggi.Perkongsian berkenaan menarik perhatian netizen dengan meminta wanita itu untuk lebih berani bersuara kepada suaminya."Sebab tu apabila kahwin suami wajib sediakan rumah untuk isteri. Ini nafkah wajib namun ramai ambil mudah."Kalau tak mampu cari rumah sewa, pasang la selak yang paling murah," komen warga maya.