suria

Suami mengamuk, geram pekerja syarikat kurier merenyam dengan isteri dalam WhatsApp! - “Kenapa panggil sayang, bini orang tu!”

Pelbagai ragam pelanggan perlu dihadapi pekerja syarikat kurier. -Gambar hiasan AI

SERVIS penghantar barangan menggunakan kurier sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Di media sosial seorang gadis berkongsi pengalaman memalukan yang berlaku kepada kakaknya melibatkan seorang pekerja penghantar barang.

Menurutnya, kejadian yang turut melibatkan abang iparnya itu juga mencetuskan salah faham dalam rumah tangga mereka.

Hujan lebat antara cabaran yang perlu dihadapi penghantar barangan. -Gambar hiasan AI

Hujan lebat antara cabaran yang perlu dihadapi penghantar barangan. -Gambar hiasan AI

"Akak aku terima mesej daripada syarikat kurier. Tulisnya begini... Hello (nama penerima), ini adalah syarikat kurier XXX.

"Nak dijadikan cerita, apabila mesej tu keluar dekat WhatsApp... ia tertera macam ni. Hello sayang abang, ini adalah syarikat kurier XXX," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar beribu parcel, dapat gaji RM230 je! Isteri pekerja kurier berang suami dikenakan penalti tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kurier bongkar taktik licik pelanggan kaki ‘return’, pulangkan kotak kosong nak untung atas angin

Mesej yang diterima itu membuatkan kakaknya menjadi kelam-kabut dan dia terus memaklumkan kepada suami.

"Suami dia terus call marah-marah abang kurier tu. Dia persoal kenapa kena panggil 'sayang', kan bini orang tu.

"Lepas tu abang kurier beritahu bahawa nama tu yang tertera apabila dia tekan WhatsApp. Jelasnya nama tu ikut apa yang ditulis dekat akaun pembelian pelanggan sendiri," katanya.  

  • Seorang gadis kongsi kisah kakaknya salah faham mesej kurier.
  • Sapaan ‘sayang abang’ buat suami naik marah.
  • Rupanya nama itu datang dari akaun pelanggan sendiri.
  • Kurier jadi mangsa keadaan akibat salah faham.
  • Netizen simpati, anggap situasi lucu tapi memalukan.

Katanya, panggilan 'sayang' itu berpunca daripada nama yang didaftarkan kakaknya sendiri, sekali gus mencetuskan salah faham yang tidak disengajakan.

"Lepas tu terus gaduh kakak aku dengan suami dia. Sampai sekarang dia beli barang letak alamat rumah mak aku.

"Merapu betul laki bini tu. Buat malu famili je," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang bersimpati kepada penghantar barang kerana menjadi mangsa keadaan.

"Siapa la yang letak nama kakak macam tu? Aduhai tak pasal-pasal rider kena marah," komen netizen.

Artikel Lain