suria

“Tengah marah sejuk tengok dia” - Isteri berbulu suami sakan puji wanita lain dalam grup WhatsApp, alasan sekadar bergurau

Kejujuran adalah antara asas yang penting dalam sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan AI

BERGURAU dengan pasangan bukan sahaja mengeratkan hubungan suami isteri tetapi memberi seri dalam rumah tangga agar sentiasa ceria dengan gelak ketawa.

Namun tidak semua perkara yang dianggap 'gurauan' boleh diterima baik oleh pasangan apatah lagi jika ia melibatkan orang lain. 

Perkara itu juga dialami oleh seorang wanita apabila dia kurang selesa dengan sikap suami yang gemar bergurau mengenai perempuan lain dengan rakan sekerjanya dalam grup kumpulan sembang.

"Normal ke kalau suami kita buat lawak fasal perempuan lain dengan rakan sekerja dia dalam group kerja?

Antara faktor curang terhadap pasangan adalah tidak menjaga ikhtilat. -Gambar hiasan AI

"Contoh joke tu macam ni, tengah marah-marah ni sejuk sikit kalau tengok muka XXX. XXX tu tak ada dalam group tu pun, dalam group semua lelaki. Korang rasa? Valid ke saya rasa cemburu?" luahnya.

Menurut wanita tersebut, perkara itu bukan berlaku sekali, sebaliknya sudah beberapa kali dilakukan dalam pelbagai situasi, sehingga menimbulkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri.

"Semalam suami screenshot story XXX dan kemudian hantar dalam group, tengah stres ni baik tengok XXX la. Dia buat view once je.

"Pernah dia borak dengan XXX tu kemudian ambil gambar senyap-senyap, letak dekat group lepas tu cakap eh ada XXX la, tak bosan sangat nak buat kerja," kongsinya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak janda bongkar perangai lelaki, suami orang paling gatal! - “Wanita, henti jadi racun hubungan orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terdiam depan doktor selepas didiagnos alami sifilis... Akhirnya tebongkar aktiviti kelamin luar bilik tidur!

Apa lebih merunsingkan wanita itu adalah keinginannya untuk berterus terang dengan suami tentang perasaan cemburu yang terbit di dalam hatinya mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun dia sudah dapat menjangka reaksi yang bakal diterima sekiranya perkara itu dibangkitkan. 

"Saya boleh agak yang dia akan cakap yang itu cuma bergurau je dengan kawan kerja, tapi dia tak buat betul-betul pun, janji dia tak ada skandal... bukan dikira curang.

"Sebab saya tahu suami saya macam mana, dah kenal sangat apa dia nak jawab," jelasnya.

  • Seorang wanita kurang selesa dengan sikap suami yang gemar bergurau tentang perempuan lain dalam group kerja lelaki.

  • Gurauan seumpamanya dilakukan beberapa kali, membuatkan dia rasa cemburu.

  • Wanita itu ingin berterus terang, namun sudah dapat menjangka suami akan menafikan dan anggap ia sekadar gurauan, bukan curang.

  • Dia juga terkilan kerana suami kurang beri perhatian kepadanya di media sosial.

  • Netizen mengingatkan wanita itu supaya berhati-hati dibimbangi suaminya berlaku curang.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila merasakan dirinya kurang mendapat perhatian daripada suami sendiri, berbanding wanita lain yang menjadi bahan gurauan.

"Saya selalu buat story Instagram, gambar saya ke gambar family ke gambar dengan suami ke. Tapi dia jarang sangat tengok atau like story saya," katanya.

Perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat tindakan tersebut boleh mengguris hati pasangan jika dilakukan secara berterusan.

Dalam pada itu, ada yang mengingatkannya supaya berhati-hati kerana dibimbangi sikap suka bergurau sedemikian akan menjurus kepada kecurangan.

Artikel Lain