suria

Calon SPM tak tahu nama Rasulullah... Ustazah bimbang kenang tahap pengetahuan agama generasi masa kini

Asas agama dalam kalangan pelajar membimbangkan. -Gambar hiasan AI

SEORANG ustazah meluahkan kebimbangan terhadap tahap pengetahuan agama Islam dalam kalangan remaja masa kini.

Apa lebih mengecewakan dakwa ustazah tersebut soalan asas mengenai agama Islam seperti nama Rasulullah SAW juga gagal dijawab oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jawapan diberikan juga katanya membuatkan dia sebagai seorang guru berasa sedih dan terkilan.

Pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar. -Gambar hiasan AI

Pelajar perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada guru yang sedang mengajar. -Gambar hiasan AI

"Hari ini saya tanya pelajar umur 17 tahun, siapa nama Rasulullah tapi semua tidak dapat jawab.

"Wahai ibu bapa, apa telah berlaku? Kita sedar atau tidak?" luah wanita tersebut.

Menurutnya, kegagalan menjawab soalan mudah seperti itu menimbulkan persoalan lebih besar tentang aspek asas agama dalam kalangan generasi masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat aku member kau?” - Cikgu naik angin, hilang sabar murid biadab dalam kelas... Menjawab disuruh buat tugasan!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar biadab terkencing dalam seluar, takut masuk bilik disiplin lepas ‘body shaming’ cikgu - “Budak tu panggil aku Doraemon”

"Jujur, rasa nak menangis dengan anak muda zaman sekarang. Macam mana nanti fitnah akhir zaman yang lebih besar berlaku?

"Anak-anak tak kenal Nabi Muhammad, tak jaga solat lima waktu, tak puasa di bulan Ramadan, tak tutup aurat dan tak kenal huruf al-Quran," katanya meluahkan kebimbangan. 

Tambahnya, kekurangan asas agama boleh memberi kesan besar terhadap pegangan iman anak-anak, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa sudah tiada.

"Wahai ibu bapa, kita fikir tak hal ini? Kita fikir tak generasi akan datang bagaimana?" soalnya. 

  • Ustazah kecewa pelajar gagal jawab soalan asas agama.
  • Remaja 17 tahun tidak kenal Rasulullah.
  • Isu solat, puasa dan aurat turut dibangkitkan.
  • Kebimbangan terhadap iman generasi akan datang.
  • Netizen akui bimbang dengan situasi yang berlaku.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang rata-rata bimbang dengan situasi yang dihadapi generasi masa kini.

"Anak-anak kariah yang belajar mengaji dengan saya kebanyakkannya bila ditanya nama penuh Nabi Muhammad pun tak tahu. Ini realiti yang berlaku hari ini.

"Bukan kerana tak belajar, tapi sebab tak faham tujuan dan matlamat. Matlamat belajar sekadar nak dapat A," antara komen warga maya.   

Artikel Lain