SEORANG pelajar berusia 12 tahun membawa pulang sebuah Perodua Axia selepas diumumkan sebagai pemenang Hadiah Perdana cabutan bertuah dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak.Pemenang, Nur Aishah Salehhudin, dipilih dalam sesi cabutan bertuah yang berlangsung sempena program berkenaan. Bercakap mewakili Nur Aishah, kakaknya iaitu Siti Hidayah, 17, mengakui terkejut, malah ibu mereka juga bagaikan tidak percaya selepas menerima perkhabaran itu.Foto kenangan Aishah (paling kanan) dan Hidayah (tudung krim) bersama arwah bapa mereka. "Saya bersama dua orang adik serta seorang sepupu pergi ke program itu dengan menaiki kenderaan e-hailing. Kami menyertai cabutan bertuah secara suka-suka saja."Tak sangka pula adik (Nur Aishah) boleh menang sebab kami tak letak harapan tinggi. Selepas nama adik diumum, saya yang mewakilinya untuk naik ke pentas."Kemudian saya hubungi emak. Tapi, emak pun tak percaya berita ini pada awalnya, dia sangka adik dapat kereta mainan saja," ujarnya ketika dihubungi mStar.Seorang pelajar diumum sebagai pemenang cabutan bertuah dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak.Kanak-kanak berusia 12 tahun itu membawa pulang Hadiah Perdana iaitu sebuah kereta Perodua Axia.Kanak-kanak itu baru sahaja kehilangan bapanya yang meninggal dunia sewaktu bulan Ramadan.Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak catat kehadiran lebih 300,000 pengunjung.Ringkasan ini dijana oleh AIMesra disapa Hidayah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata dia turut sebak mengenangkan arwah bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada 8 Mac lalu."Saya menangis ketika hubungi emak. Kemenangan ini satu rezeki buat keluarga kami. Saya juga sebak kerana ayah baru meninggal akibat sakit jantung sewaktu bulan Ramadan."Selepas nama adik diumum sebagai pemenang kereta, perkara pertama yang melintas di fikiran saya adalah ayah. Kalau ayah masih ada, pasti dia pun turut gembira."Jadi, kalau ada lagi acara macam ni, bolehlah anda semua datang sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku. Insya-Allah, orang lain pun ada peluang untuk menang," ujarnya yang menetap di Ipoh.ARTIKEL BERKAITAN: Intipati Bajet 2026: Pembentangan ke-4 kerajaan Madani, ini manfaat rakyat bakal terimaARTIKEL BERKAITAN: Program Merdeka@Kampung Angkat Madani Miti berlangsung meriah, penuh semangat perpaduanPMR 2026 Perak berlangsung dari 3 hingga 5 April 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Persiaran Meru, Ipoh.Ia dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), dengan kerjasama strategik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kerajaan Negeri Perak.Program itu mencatat kehadiran luar biasa iaitu seramai 303,222 pengunjung.Jumlah kehadiran tersebut diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sewaktu menyampaikan ucapan pada majlis penutup PMR 2026 Perak Ia merupakan rekod kehadiran tertinggi sepanjang sejarah penganjuran PMR, sekali gus mencerminkan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat.