BELANJAWAN 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimamat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ia merupakan belanjawan keempat di bawah pentadbiran kerajaan Madanidan yang pertama bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sekali gus menjadi asas utama pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang, Jumaat.
Berikut merupakan intipati Belanjawan 2026:
- Kerajaan bersetuju menyalurkan sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta.
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Guru takmir, imam, bilal dan tok siak juga bakal menerima bantuan khas menerusi Belanjawan 2026.
- Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.
- Menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia, Kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM00 kepada hampir 120 ribu pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.
- Hampir RM2.2 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters termasuk doktor, jururawat, tentera, polis, guru, bomba, penjara.
- RM10 juta insentif penganjuran konsert.
- RM110 juta insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia termasuk RM10 juta khusus kepada penerbitan kandungan kenegaraan.
- Pembangunan sukan negara terus diperhebat dengan peruntukan lebih besar berjumlah lebih RM580 juta.
- RM55 juta diperuntukkan khusus untuk memperbanyak program perpaduan dan identiti nasional.
- Tiga pusat aktiviti perpaduan baharu akan dibina dengan kos RM46 juta.
- RM30 juta geran padanan disediakan bagi menyokong persatuan dan NGO menganjurkan aktiviti sukan rakyat.
- RM55 juta untuk memanfaat peranan Rukun Tetangga MADANI.

RM580 juta diperuntukkan untuk pembangunan sukan negara.
- Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000.
- Prasarana sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz ditambah baik termasuk penggantian peralatan pengajian usang di institusi pondok berdaftar disediakan RM150 juta.
- RM50 juta disediakan bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
- Kepada pembeli rumah pertama, Kerajaan bercadang pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000, dilanjutkan selama dua tahun iaitu sehingga 31 Disember 2027.
- RM2.5 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan.
- Perkhidmatan bas henti-henti disediakan hampir RM200 juta.
- Bidang aeronautik diperkasa dengan peruntukan RM16 juta.
- Kerajaan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA.
- Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah.
- Ikhtiar Dapur MADANI, KPT, RM26 juta supaya mahasiswa dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan mentah.

Kerajaan turut mengumumkan khabar gembira buat peminjam PTPTN menerusi Belanjawan 2026 ini.
- Peruntukan Kerajaan dan GLIC sebanyak RM4.4 bilion disediakan sebagai biasiswa, pinjaman, elaun pendidikan untuk anak muda keluarga miskin melanjutkan pelajaran.
- Kementerian Pendidikan Tinggi menerima RM18.6 bilion.
- Semua 150 ribu murid OKU menerima Elaun RM150 sebulan dengan peruntukan RM270 juta.
- Kemudahan sekolah dan peralatan ditambah baik supaya mesra OKU dengan peruntukan RM30 juta.
- Kemudahan taska perpaduan di seluruh negara ditambah baik dengan peruntukan RM20 juta.
- Semua 5.2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta.
- RM870 juta Rancangan Makanan Tambahan.
- RM150 juta Biasiswa Kecil Persekutuan untuk anak-anak sekolah.

Semua 5.2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan.
- Hampir RM2 bilion disediakan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak.
- Bagi mengurangkan prevalens perokok di Malaysia, kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan berkuat kuasa mulai 1 November 2025.
- Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan.
- SKMM menyediakan RM650 juta antaranya untuk meningkatkan ketersambungan internet di hospital awam, klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti dan klinik desa.
- Peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan kepada RM1.26 bilion.
- Pencari kerja atau graduan baharu yang menerima tawaran kerja yang perlu berpindah lokasi akan menerima insentif bernilai sehingga RM1,000 daripada PERKESO.
- Kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas pada Februari 2026.
- Kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Bagi tahun 2026, semua sembilan juta penerima STR menerima SARA sehingga RM100 setiap bulan atau RM1,200 setahun.
- Sejuta penerima STR di bawah eKasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau 2,400 setahun.
- Kategori bujang menerima RM600 iaitu RM50 sebulan melalui SARA.
- Bantuan hampir RM1.4 bilion akan disalurkan untuk OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.

Kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk STR dan SARA.
- Peruntukan ditingkatkan kepada RM412 juta bagi memperkasa Orang Asli
- Khazanah menyediakan RM200 juta untuk Program KYouth yang memberi latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah.
- RM250 juta disediakan termasuk memulakan PLKN secara rintis di peringat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada 2027.
- Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak.
- BSN menyediakan pembiayaan RM150 juta kepada usahawan belia yang berumur 30 tahun ke bawah.
- Bank Rakyat, BSN, MARA dan SME Bank menyediakan pembiayaan RM270 juta bagi menyokong usahawan PMKS wanita.

Belanjawan 2026meningkatkan peruntukan kepada RM412 juta bagi memperkasa Orang Asli.
- CIDB menyediakan RM10 juta bagi meningkatkan daya saing usahawan Bumiputera khususnya kontraktor muda industri pembinaan.
- RM2.4 bilion khusus untuk kontraktor G1-G4 Bumiputera.
- Bagi meningkatkan ketersambungan internet, kerajaan memperuntukkan RM770 juta untuk melaksana baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.
- Hampir RM90 juta bagi projek jambatan serta lampu jalan kampung termasuk memasang lampu cekap tenaga dan solar.
- Lebih RM700 juta untuk membekal air bersih dan elektrik termasuk pemasangan panel solar hibrid di kampung kecil Sabah Sarawak untuk manfaat 3,200 rumah.
- RM3.3 bilion disediakan untuk projek prasarana asas desa.
- RM300 juta untuk merawat, menyelenggara, dan membersih sungai.
- RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti melindungi hutan.

Kerajaan memperuntukkan elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan.
- Lebih RM260 juta bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara termasuk Jalan Persekutuan.
- RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.
- RM2.2 bilion disediakan bagi meneruskan pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
- SKMM menyediakan RM210 juta untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS) bagi memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan krisis.
- Tahun hadapan, NADMA dengan dana RM460 juta bersiap sedia menghadapi bencana.
- Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM21.7 bilion sementara Kementerian Dalam Negeri menerima RM21.2 bilion.
- RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buahbuahan tempatan.
- Elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan diberikan dengan peruntukan RM160 juta.
-Kerajaan tetap mengekalkan diesel bersubsidi RM1.65 seliter khusus untuk nelayan.
- RM20 juta disediakan supaya nelayan menaik taraf vesel bagi mengurangkan kebergantungan tekong dan kru asing.
- Tahun hadapan, RM2.62 bilion disediakan untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah seperti subsidi harga padi, subsidi tanaman padi, subsidi baja, subsidi benih, dan insentif pengeluaran padi.
- Agrobank menyediakan pembiayaan RM1.1ringgit untuk usahawan mengembangkan perniagaan serta menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.
- Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik termasuk mengguna pakai model sawah berteknologi moden dengan dana RM100 juta.
- Bagi meningkatkan hasil tuaian, 6,400 pesawah akan dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta.

NADMA diberi dana RM460 juta bagi persiapanmenghadapi bencana.
- Peruntukan RM300 juta, antaranya bagi menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
- Kerajaan membela nasib pekebun kecil yang memerah keringat, membanting tulang mencari rezeki di ladang dengan peruntukan hampir RM120 juta.
- RM50 juta disediakan untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh negara.
- Tahun hadapan, jumlah kemudahan pinjaman dan jaminan Kerajaan yang tersedia untuk manfaat usahawan tempatan bernilai RM50 bilion.
- Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
- Peruntukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak RM50 juta sebagai dana pembiayaan untuk menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.
- Penandaan logo Buatan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia terus diperkasa dengan peruntukan RM20 juta.

RM60 juta diperuntukkan untuk membina gerai dan membaiki pasar awam.
- Agensi NAIO menerima hampir RM20 juta untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi, memperkukuh infrastruktur digital dan mencipta ekosistem AI yang cekap.
- Sebuah Sovereign AI Cloud akan dibina oleh SKMM dengan pelaburan RM2 bilion.
- Kerajaan menyediakan RM60 juta untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- RM700 juta disediakan bagi merancakkan sektor pelancongan.
- RM500 juta adalah untuk menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan programkebudayaan.
- Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion.
- Aktiviti pemetaan sumber nadir bumi diteruskan dengan peruntukan RM10 juta.

Kerajaan perkenal pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan.
- RM2.3 bilion dilaburkan bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap 2028.
- RM20 juta disediakan untuk menambah tapak dan ruang niaga yang dilengkapi kemudahan asas kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
- RM1.67 bilion disediakan untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual.
- Kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta ketimbang RM300 juta (2023).
- Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI menerima lebih RM110 juta.
- RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
- RM31.5 juta disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak.
- UTC ke-24 di Seberang Perai akan diluncurkan November hadapan.
- RM76.6 juta disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
- Pengecualian cukai kenderaan di Langkawi dan Labuan dihadkan kepada nilai kenderaan tidak melebihi 300 ribu ringgit berkuat kuasa 1 Januari 2026
- Tambah keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui latihan serta perolehan aset dengan peruntukan lebih RM700 juta.


