suria

Empat negeri pembangkang tak tercicir... Bajet 2026 fokus naik taraf kemudahan demi keselesaan rakyat

Naik taraf sistem bekalan air bersih Jajahan Pasir Mas, Kelantan turut jadi perhatian dalam Bajet 2026.

MENGHAMPIRI tiga tahun pentadbiran Madani, reformasi serta pembaharuan yang berani dan tuntas telah dilaksanakan dan mula menghasil anjakan yang membanggakan.

Sejajar dengan itu, hasil yang diperoleh dipulangkan semula kepada rakyat menerusi Bajet 2026 dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Berpaksikan tiga tonggak ekonomi Madani, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan untuk pembangunan negeri sekali gus memenuhi keutamaan rakyat.

"Saya telah turun berjumpa dengan kepimpinan semua negeri untuk memahami keutamaan projek pembangunan negeri. 

"Justeru, perencanaan RMK13 mengambil kira permohonan semua negeri, umpamanya Projek Penyuraian Trafik Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua di Pulau Pinang.

"Selain itu, di Johor, Lebuhraya Senai-Desaru Fasa 2A iaitu dari Cahaya Baru ke Sungai Johor untuk JS-SEZ, Johor dinaik taraf," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sesi pembentangan Belanjawan 2026 yang berlangsung di Parlimen pada Jumaat.

Perincian peruntukan di setiap negeri adalah seperti berikut:

Pulau Pinang

• Projek Penyuraian Trafik PLUS dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua

• Klinik Kesihatan Kubang Semang dan Kompleks Kesihatan Bersepadu Seberang Perai Tengah

• Naik Taraf Muka Sauk di Titi Kerawang dan Teluk Awak Serta Pemasangan Paip Air Mentah dari Muka Sauk ke Empangan Teluk Bahang

• Naik Taraf Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas, Seberang Perai Utara

• Pembinaan Jalan Bawah (Underpass) untuk

menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma di persimpangan Jalan Mount Erskine/ Jalan Gottlieb/ Jalan Burma/ Jalan Bagan Jermal Seksyen A: Jalan Bawah (Underpass)

Johor 

• Naik taraf Lebuhraya Senai-Desaru Fasa 2A: Cahaya Baru ke Sungai Johor untuk JS-SEZ

• Pembinaan Jalan Dari Jalan Kluang - Renggam - Layang-Layang J25 di Taman Muhibbah ke Jalan Kota Tinggi - Kluang, Daerah Kluang

• TWG: Penggantian Lif dan Eskalator di Bangunan Sultan Iskandar dan Johor Bahru Sentral

• Naik Taraf Persimpangan Seksyen 16.0 di Jalan Johor Bahru - Kulai dan Jalan Gelang Patah, Johor Bahru

• Naik Taraf Jalan Pt. Panjang dari Pekan Ayer Baloi ke Persimpangan Tol Sedenak, Pontian

Perak 

• Naik taraf Jalan Persekutuan di Pengkalan Hulu

• Pembinaan persimpangan PLUS di Kerian

• Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Tanjung Rambutan

• Pembangunan Kerja - kerja Infrastruktur Asas Taman Industri Halal Perak (PHIP), Daerah Manjung

• Projek Menaik Taraf Laluan FT100 (Seksyen 10.4) ke Laluan FT3145 Pelabuhan Lumut (Seksyen 5.4), Manjung, Perak Fasa 5: Tanjong Malim-Pelabuhan Lumut

Kedah 

• Takungan Air Pinggiran Sungai Karangan, Kulim

• Klinik Kesihatan Sik, Kedah

• Projek Saliran Mesra Alam Di Taman Selasih, Daerah Kulim

• Pembangunan Kemudahan Pelancongan Kuala Kedah Waterfront, Bandar Kuala Kedah, Kota Setar

• Projek Hakisan Pantai Di Pantai Leman, Daerah Kota Setar

Kelantan 

• Sistem saliran Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu

• Naik taraf Jalan Kubang Kerian-Bachok

• Loji Rawatan Kumbahan Serantau Mukim Tiong dan Mukim Jelutong dan Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan serta Kerja Kerja Rasionalisasi di sebahagian Kawasan Sub Tadahan Zon Bandar Baru Tunjong, Jajahan Kota Bharu

• Naik Taraf Jalan Kubang Kerian-Bachok dari Persimpangan Kubang Kerian ke Persimpangan Binjai, Kota Bharu

• Naik Taraf Jalan Pasir Mas-Salor di Persimpangan Pasir Hor/Sultan Ismail Petra, Kota Bharu

• Sistem Bekalan Air Luar Bandar Jajahan Pasir Mas

Melaka 

• Jalan baharu dari Jalan Masjid Tanah Kuala Linggi ke Telok Gong, Alor Gajah

• Naik Taraf Jalan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah, Alor Gajah

• Pembinaan Semula Bangunan Daif berserta Bangunan Tambahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba, Alor Gajah

• Pembinaan Semula Bangunan Baharu dan Naik Taraf Bangunan Asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan, Melaka Tengah

• Naik taraf Muzium Samudera Fasa 1, Jalan Quayside, Melaka 

Sabah 

• Menaik taraf Kolam Pengoksidaan Inanam kepada Loji Rawatan Kumbahan Serantau

• Membina jalan baharu dari Kalabakan ke Simanggaris (sempadan MalaysiaIndonesia), Kalabakan

• Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog, Sabah - kerjakerja pembinaan ban

• Pemasangan paip transmisi dan agihan utama termasuk tangki simpanan di sebahagian kawasan Bandar Tawau

• Kerja-kerja penggantian paip usang dan menaik taraf paip transmisi dan agihan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah

Sarawak 

• Membina jalan utama Bahagian Kapit dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Bahagian Kapit

• Pembinaan Klinik Kesihatan dengan Kuarters Mukah dengan Kompleks Kesihatan Bersepadu Bahagian Mukah

• Program Peningkatan Pengeluaran Lembu Pedaging di Sarawak

• Program Pemerkasaan Industri Padi dan Beras di Sarawak

• Program Residensi Rakyat (PRR) Samariang, Kuching 

Negeri Sembilan

• Membina persimpangan PLUS untuk pembangunan Malaysia Vision Valley

• Baraj Dan Takungan Air Pinggiran Sungai Sg. Pedas, Rembau

• Naik Taraf Struktur Jalan Utama Palong serta Naik taraf Persimpangan Palong 7,8, Jempol

• Pemuliharaan Pantai Teluk Kemang di Daerah Port Dickson

• Jalan Baharu Dari Kampung Barisan ke Jalan Kampung Tampin Linggi, Daerah Port Dickson

Pahang 

• Naik taraf Lebuhraya Kuantan-Segamat, Rompin

• Jambatan konkrit di Jalan Serengkam ke Jalan Kuala Wau, Maran

• Pemajuan Kawasan Kg. Bongsu, Temerloh

• Naik Taraf Jalan Sungai Lembing dari Kampung Padang ke Persimpangan Lampu Isyarat LPT1, Kuantan

• Klinik Kesihatan dengan Kuarters, Pos Lenjang, Lipis

Perlis 

• Naik taraf Jalan Kampung Batu Dua ke Beseri

• Naik taraf Kolam Takungan Banjir Chuping

• Mesin Pengimbas di Pelabuhan Darat Perlis

• Perolehan Bangunan untuk dijadikan sebagai kuarters kakitangan Hospital Tuanku Fauziah

• Pembinaan Gantian Penuh Sekolah Kebangsaan Chuping

Terengganu 

• Pengawalan hakisan Pantai Rusila, Marang

• Naik taraf Jalan Persekutuan di Setiu

• Sistem Saliran di Kg. Mak Chili Paya, Chukai, Kemaman

• Pembinaan Jalan Baharu dari Kuala Terengganu Bypass di Kg Bukit Bayas Ke Jalan di persimpangan Kg Kubang Tangga, Kuala Terengganu

• Naik Taraf Infrastruktur Dan Kemudahan Sukan Di Stadium Hoki Kuala Terengganu 

Selangor 

• RTB Sungai Buloh Fasa 2

• Blok Tambahan Hospital Banting, Selangor

• Pembangunan baharu infrastruktur mekanikal dan elektrikal untuk kawalan banjir Negeri Selangor

• Naik taraf Jalan Persekutuan dari persimpangan Batu 9 ke persimpangan Jalan Dato Alias termasuk pembinaan Jejambat Merentasi Persimpangan Batu 9, Cheras, Daerah Hulu Langat

• Klinik Kesihatan Jenis 2 Kinrara, Petaling

Wilayah Persekutuan

• Pemuliharaan Sungai Gombak dari Kampung Sungai Mulia sehingga Kolam Takungan Banjir Puah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

• Pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

• Pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di Wilayah Persekutuan Labuan

• Pembinaan Waterfront Labuan - Fasa 1

• Pembangunan Semula Kompleks Renang Kuala Lumpur

Artikel Lain