suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2026: Rakyat dapat pelepasan cukai, jom ramai-ramai rancang percutian

Kerajaan perkenal inisiatif bagi menggalakkan rakyat meneroka keindahan dan kepelbagaian budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

SEMPENA Tahun Melawat Malaysia 2026, kerajaan memperkenalkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai rakyat meneroka keindahan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di seluruh negara.

"Bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000.

"Ia diberikan atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Perdana Menteri mengumumkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara.Perdana Menteri mengumumkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi menggalakkan rakyat melancong dalam negara.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan bercadang menyediakan insentif cukai bagi sektor pelancongan dan kebudayaan.

"Pertama, pengusaha projek pelancongan yang melakukan ubah suai dan pembaharuan premis perniagaan akan diberi potongan cukai atas perbelanjaan layak sehingga RM500,000.

"Kedua, syarikat pengendali pelancongan diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas nilai peningkatan pendapatan daripada pakej pelancongan ke Malaysia," katanya.

Selain itu, insentif ketiga iaitu syarikat, persatuan atau organisasi yang menganjurkan persidangan dan pameran bertaraf antarabangsa akan menikmati pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun.

"Keempat, syarikat penganjur aktiviti kesenian, kebudayaan, pelancongan serta pertandingan sukan dan rekreasi bertaraf antarabangsa yang melibatkan peserta asing akan diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun," katanya.

Artikel Lain