suria

Sekali lagi rakyat Malaysia diberi SARA RM100! Boleh berbelanja sambut Ramadan, Tahun Baru Cina

Penghargaan SARA sebanyak RM100 dapat dimanfaatkan untuk membeli barangan keperluan asas. -Gambar hiasan

BUAT kali kedua, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian RM100 untuk setiap warganegara dewasa berusia 18 tahun dan ke atas, pada pembentangan Belanjawan 2026, pada Jumaat.

Bantuan secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) itu akan disalur pada pertengahan Februari tahun depan yang boleh dimanfaat untuk persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baru Cina.

ARTIKEL BERKAITAN: Semua dapat! PM umum pemberian RM100 untuk warganegara 18 tahun ke atas

"Pada 31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat RM100 Penghargaan SARA. 

"Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki SARA yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah.

"Sukacita saya umumkan, kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas," katanya.

Untuk rekod, Penghargaan SARA boleh dibelanjakan bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai-kedai runcit di semua daerah seluruh negara.

 

Artikel Lain