Penahanan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -Gambar hiasan
SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes mengintai murid perempuan di kawasan tandas sebuah sekolah rendah di Gua Musang, Kelantan, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, lelaki berusia 60 tahun yang merupakan suami kepada guru besar di sekolah berkenaan ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad sehingga Sabtu ini. Penahanan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki diburu polis selepas intai, rakam wanita dalam tandas pusat beli belahDifahamkan, sumber yang enggan dikenali berkata, lelaki tersebut dikatakan kerap dilihat berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran tandas pelajar sebelum tindakannya disedari beberapa murid perempuan.Dia berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 2.15 petang pada 7 April lalu di kantin sekolah, di mana empat orang pelajar memaklumkan mereka terdengar suara jeritan seorang perempuan dari dalam tandas murid perempuan."Mereka turut mendakwa melihat dua pelajar perempuan Tahun Dua berada di dalam tandas tersebut sebelum ternampak seorang lelaki keluar dari tandas berkenaan," katanya.Dalam kejadian berasingan, dia berkata, lelaki tersebut kerap dilihat berada di kawasan surau sekolah pada waktu petang pada awal Mei lalu ketika sesi Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) berlangsung.Katanya, lelaki itu didakwa mengintai pelajar perempuan yang sedang mengambil air sembahyang.Tambahnya, susulan kejadian itu, laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.