Perintah reman tujuh hari terhadap suspek adalah bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
SUSPEK yang didakwa menikam seorang wanita dalam kereta Mazda 3 di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar malam Ahad, direman tujuh hari bermula Isnin.Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Shifa Mohd Hamzah di Mahkamah Alor Setar bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Suspek yang merupakan ejen hartanah berusia 32 tahun itu tiba di mahkamah pada pukul 8.20 pagi dengan berpakaian baju lokap oren sambil diiringi anggota polis.ARTIKEL BERKAITAN: Suspek kes tikam wanita dalam kereta berjaya ditahanMedia sebelum ini melaporkan, seorang wanita berusia 35 tahun cedera ditikam di bahagian kanan leher oleh lelaki dikenalinya.Lelaki tersebut dipercayai melarikan diri sejurus kejadian.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, suspek ditahan di kawasan masjid di Taman Uda, Lebuhraya Sultanah Bahiyah pada pukul 1.50 pagi tadi.Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil.