Mangsa parah ditikam dalam kereta jenis Mazda 3, dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, malam Ahad. -Foto media sosial
HANYA dalam tempoh beberapa jam, suspek yang melarikan diri selepas menikam wanita dalam kereta Mazda 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar malam Ahad, akhirnya berjaya ditahan polis.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan awal pagi tadi (Isnin). Suspek dijangka akan direman hari ini. Media sebelum ini melaporkan, wanita berusia 35 tahun cedera ditikam di bahagian kanan leher oleh lelaki dikenalinya.Lelaki tersebut dipercayai melarikan diri sejurus kejadian.Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil.Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.