suria

Kek hari jadi sekadar hiasan di jamuan tadika, siap ‘angkut’ bawa balik... Kasihan ramai kanak-kanak kempunan!

Sudah menjadi kebiasaan apabila segelintir ibu bapa mahu meraikan hari jadi anak mereka di sekolah. -Gambar hiasan AI

KEMERIAHAN Aidilfitri masih terasa apabila banyak sekolah tidak melepaskan peluang menganjurkan jamuan hari raya untuk meraikan murid-murid.

Menerusi majlis ini juga, guru dan ibu bapa dapat mengeratkan hubungan dengan menyediakan pelbagai juadah agar sama-sama dikongsi.

Namun tidak mudah menganjurkan majlis seperti ini kerana ia turut datang dengan pelbagai karenah dan masalah termasuk sikap kurang peka ibu bapa terhadap perasaan anak-anak.

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila dia menyaksikan sendiri sikap pentingkan diri seorang ibu bapa ketika menghadiri jamuan raya di tadika anaknya.

Meraikan hari jadi di sekolah bersama rakan-rakan menjadi antara memori manis buat kanak-kanak. -Gambar hiasan AI

"Tadi pergi jamuan raya tadika anak saya. Lepas tu ada ibu bapa yang bawa kek untuk sambut hari jadi anaknya tapi kek itu mereka tak potong pun sebab katanya nak bawa balik rumah.

"Patutlah anak saya tak nak balik tadi, rupanya tunggu nak makan kek itu. Balik rumah petang baru cakap dia lapar kek," ujarnya.

Tindakan itu mungkin remeh bagi sesetengah orang namun baginya ia memberi kesan kepada kanak-kanak yang menaruh harapan untuk menikmati kek berkenaan bersama rakan-rakan.

Katanya, dalam suasana seperti itu, ibu bapa sepatutnya peka agar tidak menjadi 'joy killer' sesuatu majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bajet 'taja' makanan, ibu berat hati nak izin anak hadir jamuan sekolah - "Aku cuma ada RM13"

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta ibu henti ‘memekak’, tak payah gelabah isu ‘junk food’ di jamuan sekolah- “Macam hari-hari anak kau makan”

"Masalahnya parents tu pun, kalau nak makan dekat rumah, tak payahlah bawa ke tadika.

"Tahu la makanan jamuan tadi dah banyak tapi budak-budak pandang tak sama macam orang tua-tua pandang," kongsinya.

Tambahnya, dia kemudian membelikan kek selepas anaknya merengek gara-gara 'kempunan' menikmatinya ketika jamuan.

Di laman komen, perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

  • Seorang wanita tegur sikap ibu bapa yang kurang peka ketika jamuan raya di tadika anaknya.

  • Ibu bapa bawa kek hari jadi tetapi tidak potong, sebaliknya mahu dibawa balik rumah.

  • Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak kecewa.

  • Dia terpaksa belikan kek selepas anaknya merengek kerana tidak sempat menikmatinya ketika jamuan.

  • Ramai bersetuju ibu bapa perlu lebih peka ketika membawa makanan untuk kanak-kanak.

Ramai bersetuju dengan tegurannya dan menasihatkan agar setiap ibu bapa lebih peka terutamanya yang ingin membawa makanan dan meraikannya bersama murid-murid. 

"Dah bawa pergi tadika kenalah makan dekat situ. Common sense ke laut dalam! Tayang dekat budak-budak lepas tu nak bawa balik pula.

"Aku yang membaca ni pun tetiba craving kek. Ini pula kalau ada depan mata.

"Saya rasa parents tu buat kek tu jadi props aje. Orang kata buat gambar lawa aje," komen netizen. 

Artikel Lain