suria

Tiada bajet 'taja' makanan, ibu berat hati nak izin anak hadir jamuan sekolah - "Aku cuma ada RM13"

Jamuan akhir tahun berkonsepkan 'potluck'. -Gambar hiasan AI

JAMUAN akhir tahun merupakan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar dan juga guru.

Selain berpeluang menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan secara potluck, jamuan juga menandakan sesi pembelajaran pada tahun tersebut telah tamat.

Rupa-rupanya ada segelintir ibu bapa masa kini seolah-olah enggan membenarkan anak mereka menghadiri majlis tersebut, seperti mana wanita ini.

Kanak-kanak pasti berasa gembira apabila dapat menghadiri jamuan akhir tahun sekolah. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak pasti gembira apabila dapat menghadiri jamuan akhir tahun sekolah. -Gambar hiasan AI

Baginya, anak-anak tidak wajar hadir kerana dia tidak berkemampuan menyediakan juadah untuk dibawa ke jamuan berkenaan.

"Jamuan akhir sekolah, dah seminggu cikgu bagi senarai untuk ibu bapa isi jika ingin sediakan (makanan) tapi aku tak tulis apa-apa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta ibu henti ‘memekak’, tak payah gelabah isu ‘junk food’ di jamuan sekolah- “Macam hari-hari anak kau makan”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak disuruh ponteng, tak mampu bawa makanan jamuan ‘potluck’ sekolah... Ibu kecil hati baca mesej cikgu di grup WhatsApp

"Masih berbelah bahagi nak bagi pergi atau tidak sebab rasa tak manis kalau (anak-anak) pergi dengan tangan kosong dan makan makanan orang lain.

"Tapi anak-anak aku nak sangat pergi sebab mereka cakap makanan sedap-sedap... sayu hati aku," luahnya di Thread.

  • Jamuan akhir tahun jadi acara paling dinanti murid sekolah.
  • Seorang ibu risau tak mampu sediakan juadah untuk potluck.
  • Bimbang anak pergi ‘tangan kosong’, hati jadi sayu.
  • Guna RM13 beli empat air kotak untuk anak-anak.
  • Netizen kongsi idea hidangan murah dan beri sokongan.

Menurutnya, bagi mengelakkan anak berasa kecewa jika tidak diizinkan menghadiri majlis tersebut, dia membeli empat air kotak untuk dibawa ke jamuan berkenaan.

"Aku cuma ada RM13, aku keluar belikan air kotak dan bagi seorang anak bawa dua kotak.

"Mereka nampak seronok sangat, semoga dimurahkan rezeki untuk menggembirakan anak-anak," tambahnya.

Warga maya memberi kata-kata semangat padanya.

Warga maya memberi kata-kata semangat kepadanya.

Hantaran yang dikongsi itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya memberi idea tentang hidangan murah yang boleh dibawa.

"Paling mudah buat cekodok je atau roti telur, itu pun sedap.

"Datang je ke sekolah walaupun tangan kosong tapi pesan dekat anak supaya habiskan semua makanan yang kawan-kawan bawa.

"Tak perlu meriah, cuma meriahkan suasana... roti pun dah cukup buatkan anak gembira," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain