suria

Suami PJJ mengadu penat hadap perangai isteri tak bersyukur... Jumpa hujung minggu pun kena berleter, asyik suruh pesan ‘food delivery’

Golongan suami terpaksa berkorban masa dan tenaga demi memberi keselesaan kepada keluarga. -Gambar hiasan AI

BERPISAH jarak bukan perkara mudah untuk ditelan setiap pasangan suami isteri, apatah lagi apabila ia berlarutan selama bertahun-tahun lamanya.

Itulah luahan seorang lelaki yang mendakwa sudah lebih 13 tahun menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ) bersama isterinya.

Ia berikutan isterinya memilih untuk menetap bersama ibu bapa yang uzur dan sakit tua.

Suami isteri perlu saling berkomunikasi bagi menjaga keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

Suami isteri perlu saling berkomunikasi bagi menjaga keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan

"Demanding ke aku ni? Selama 13 tahun lebih PJJ, aku boleh bilang berapa kali sahaja isteri aku ucapkan terima kasih sebab balik hujung minggu.

"Aku terpaksa tempuhi perjalanan yang jauh dan memenatkan, lima jam setiap kali balik dan kadang-kadang lapan jam.

"Boleh cecah 10 jam kalau aku kena rehat banyak kali di R&R (Rehat dan Rawat) dan kebiasaannya tiba pukul 3 hingga 5 pagi," luahnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas nikah baru tahu bini pemalas teruk, cuma rajin angkat punggung nak cas telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la PJJ, lebihkan emak pula! Isteri bengang suami sering mungkir janji dengan anak demi santuni ibu

Menurut lelaki ini, perjalanan yang memenatkan itu membuatkan dia tidur sehingga pukul 8 atau 9 pagi.

Namun malang baginya, apabila isteri bukan sahaja tidak memahami malah sering berleter dan menuduh dia asyik tidur ketika berada di rumah.

"Terkadang kena juga bebelan... you ni balik-balik, tidur saja. Tapi aku diam, senyap," adunya yang turut terkilan kerana tidak dapat merasai 'air tangan' isteri walaupun hanya bertemu seminggu sekali.

  • Lelaki luah sudah 13 tahun jalani perkahwinan jarak jauh dengan isteri.
  • Isteri tinggal bersama ibu bapa uzur, suami berulang-alik setiap hujung minggu.
  • Perjalanan ambil masa 5 hingga 10 jam, tiba awal pagi dalam keadaan letih.
  • Terkilan kurang dihargai, sering dileter dan jarang merasa masakan isteri.
  • Netizen simpati, nasihatkan pasangan berbincang demi rumah tangga.

Mengakui isterinya tidak mahir dalam aspek masakan, ujar pengadu ini lagi, dia boleh menerima jika hanya dihidangkan dengan menu mudah seperti nasi putih dan ikan kembung goreng bersama telur masak kicap.

"Tapi apa yang aku terpaksa hadap adalah order abang Grab," tambahnya yang mempunyai lima cahaya mata.

Pada masa sama dia turut menyediakan tiga orang pembantu rumah dan pemandu peribadi untuk memudahkan kehidupan isterinya bersama anak-anak.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat kepadanya.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat kepadanya.

Menurut pengadu, hantaran yang dibuatnya itu bukanlah bererti dia sudah tidak menyayangi isteri sebaliknya cuba mendapatkan pandangan ramai mengenai situasi rumah tangga.

Malah katanya, ia sekadar luahan perasaan seorang suami yang mahu dia difahami dan dihargai.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang bersimpati serta menganggap dia seorang suami penyabar.

Tidak kurang juga yang tampil menasihatinya supaya melakukan perbincangan secara terbuka agar perkahwinan terus terpelihara.

Artikel Lain