SETIAP pasangan yang berkahwin pasti mengharapkan zuriat untuk menyerikan rumah tangga dan menyambung keturunan.
Namun begitu, ada pasangan yang diuji hingga terpaksa menunggu bertahun lamanya sebelum dikurniakan cahaya mata.
Dalam situasi berkenaan, sudah semestinya isu berkaitan anak agak sensitif untuk dibicarakan, apatah lagi dijadikan bahan gurauan yang keterlaluan, sebagaimana perkongsian seorang wanita ini.
Setiap tempat kerja mempunyai cabaran tersendiri. -Gambar hiasan
"Aku dah lama kahwin, tapi belum ada rezeki zuriat. Ada satu ayat daripada seorang colleague ni yang aku ingat sampai sekarang. Kamu ni lambat betul mengandungnya, mari la sini aku hamilkan senang hahahaha. Diiringi gelak ketawa dia," kongsinya dalam satu hantaran di Threads.
Wanita berkenaan berkata, apa yang membuatkan dia terkejut, gurauan tersebut bukan keluar daripada mulut rakan sebaya, sebaliknya individu tersebut sudah melebihi separuh abad.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan bawa anak ke ‘annual dinner’, rakan sekerja tak dapat tempat duduk... ‘Handphone’ je canggih tapi tiada common sense!
ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal bagi rakan ‘follow’ Instagram... Semua benda nak kritik, komen - “Tak tahu dia terlalu kepochi”
"Aku tak respons langsung sebab umur dia jauh lagi tua daripada aku. Dan masa tu, depan kawan-kawan yang lain.
"Jadi aku tak tahu nak respons apa, speechless tak sangka macam tu keluar daripada mulut orang tua.
"Mereka ingat kita ni budak-budak, boleh buat lawak macam tu ke? Masa tu kita pula baru penghujung 20-an. Dia dah 50-an. Rasa panas muka dengar macam tu," kongsinya lagi.
Seorang wanita berkongsi kisah sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat.
Dia terguris apabila rakan sekerja bergurau secara keterlaluan tentang kehamilan.
Gurauan itu dibuat oleh individu berusia 50-an di hadapan rakan lain.
Wanita tersebut terdiam dan berasa malu serta tidak dihormati.
Warga maya mengecam perbuatan itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.
Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengecam sikap rakan sekerjanya yang disifatkan tidak sensitif dan melampaui batas.
"Itu salah satu jenis gangguan seksual ya. Boleh report.
"Orang tua yang tidak dididik dengan baik oleh orang tuanya. Sampai ke tua tak reti hormat perempuan.
"Tolong normalisasikan untuk terus marah spesies yang buat gangguan seksual macam ni," komen netizen.
Ada juga netizen mendoakan agar wanita berkenaan terus kuat dan dikurniakan rezeki zuriat pada waktu yang terbaik menurut ketentuan-Nya.


