suria

Menyesal bagi rakan ‘follow’ Instagram... Semua benda nak kritik, komen - “Tak tahu dia terlalu kepochi”

Setiap individu sewajarnya menetapkan sempadan privasi dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan AI (kiri)

INTERAKSI mesra sesama rakan sekerja lazimnya menjadikan suasana pejabat lebih meriah dan harmoni.

Biarpun begitu, kita sewajarnya mengetahui batas masing-masing agar tidak menimbulkan rasa kurang senang individu lain. 

Dalam satu perkongsian di Threads, seorang wanita mengakui kesal apabila membenarkan seorang rakan sekerja mengikutinya di laman Instagram, sehingga setiap gerak-geri di media sosial seolah-olah diperhatikan.

Kita dinasihatkan berhati-hati sebelum memuat naik perkongsian di media sosial. -Gambar hiasan AI

“Dia minta Instagram aku untuk dia follow, jadi aku bagi sajalah kan tapi sebelum ni aku tak tahu dia ni terlalu 'kepochi'. Setiap kali aku buat story, mesti dia nak reply macam-macam,” tulisnya.

Wanita itu turut menceritakan beberapa ‘insiden’ melibatkan rakan sekerjanya itu yang membuatkannya berasa rimas dan meluat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang tengok media sosial kawan sendiri, mudah terbit rasa cemburu - “Nak elak dengki, aku unfollow dia”

ARTIKEL BERKAITAN: 43 tahun berkawan, BFF nazak dirahsiakan! Tahu-tahu dah meninggal, rakan lain beri alasan ‘jaga amanah’ arwah

“Ada hari tu aku buat story pergi camping dengan officemate yang lain. Aku buat story pakai kamera direct Instagram, so video tu macam gegar tau. Sekali dia reply story aku, macam orang tua buat video.

“Satu lagi, aku buat video tengah memandu, letak lagu galau. Masuk je ofis, dia tegur, kau kenapa pagi-pagi dah galau?

  • Seorang wanita menyesal benarkan rakan sekerja mengikuti Instagram kerana individu itu terlalu kepochi.

  • Rakannya sering balas setiap Instagram Story sehingga wanita itu rasa rimas.

  • Dia beri komen yang tak menyenangkan tentang apa sahaja perkongsian yang dimuat naik.

  • Wanita itu mengambil keputusan untuk hide rakan sekerjanya kerana rimas.

  • Warga maya bersetuju bahawa sempadan privasi perlu dihormati walaupun sesama rakan sekerja.

“Aku update video memory birthday husband, esoknya dia 'nganjing', mentang-mentang hari ni birthday laki kau. Eh kau ni, semua benda nak komen,” kongsinya.

Geram dengan perangai terlebih 'kepochi' hingga seolah-olah menceroboh ruang privasi, wanita tersebut mengambil keputusan untuk hide (sorok perkongsian) daripada dilihat rakan sekerjanya itu setiap kali membuat posting. 

Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

“Aku terus hide dia dari story dan aku pun hide story dia daripada aku sebab aku malas nak unfollow dia. 

“Dia tanya, kenapa kau tak upload gambar raya dekat Instagram? Aku cakap saja malas nak upload, padahal aku hide dia,” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian dan reaksi pelabagai warga maya.

Rata-ratanya berpendapat bahawa sempadan privasi setiap individu tetap perlu dihormati walau serapat manapun hubungan dengan seseorang.

Artikel Lain