suria

Minum sehari satu jag selama 8 tahun, abang lori menyesal jadi kaki ketum... Diri ibarat kain buruk, badan 'rosak'

Segelintir individu mengambil air ketum untuk kekal bertenaga ketika bekerja. -Gambar hiasan AI

BERMULA dengan pengambilan satu cawan ketum sehari, seorang pemandu lori akhirnya terjerumus dalam ketagihan kronik sehingga mempengaruhi kesihatan dan kehidupannya selama bertahun-tahun.

Berkongsi pengalaman di laman Threads, lelaki tersebut berkata, dia pada awalnya sekadar minum ketum untuk kekal bertenaga semasa bekerja.

Namun pengambilan minuman itu meningkat secara beransur-ansur sehingga mencecah satu jag sehari, dan menjadi rutin ‘wajib’ yang tidak boleh ditinggalkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Duda pujaan jujur mengaku diri kaki ketum, wanita tak jadi nikah walau hati dah sayang - “Dia kata herba, otak saya fikir dadah”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minum 4 bungkus ketum selama 20 tahun, setiap bulan hutang 1K... Isteri masih bertahan sebab sayang

“Saya peminum tegar ketum yang tak campur, hampir lapan tahun. Sehari wajib ada satu jag. Nak ke mana-mana wajib bawa bekal. 

“Secawan jadi dua cawan dan akhirnya sehari satu jag wajib ada. Kalau terputus, dia punya gian memang teruk! Tak ubah macam kain buruk (tak berguna) di atas lantai... terbaring, hidung, mata berair,” katanya.

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, bertahun-tahun menjadi penagih tegar ketum, dia mengakui sudah beberapa kali mencuba untuk berhenti namun gagal.

Air ketum boleh membawa risiko ketagihan jika diminum secara kerap dan berlebihan. -Gambar hiasan

Ketagihan yang semakin kronik memaksanya mengambil Methadone, walaupun dirinya sedar ubat tersebut mempunyai risiko tersendiri.

Methadone merupakan ubat opioid sintetik yang lazimnya digunakan bagi merawat ketagihan heroin serta opioid lain.

Justeru, dia menyeru agar individu yang mahu mencuba ketum untuk segera menghentikan amalan tersebut sebelum terjerumus lebih jauh sehingga mengalami ketagihan kronik.

  • Seorang pemandu lori berkongsi pengalamannya sebagai penagih ketum kronik. 

  • Pengambilan meningkat kepada satu jag sehari dan menjadi rutin wajib yang tidak boleh ditinggalkan.

  • Lelaki itu mengalami simptom gian teruk setiap kali terputus bekalan dan gagal berhenti walaupun telah mencuba beberapa kali.

  • Ketagihan kronik memaksanya bergantung kepada Methadone sejak 14 tahun lalu walaupun sedar risikonya.

  • Dia menasihatkan individu yang baru mencuba ketum supaya berhenti segera kerana ia hanya membawa padah.

“Sekarang dah 14 tahun bergantung dengan Methadone. Macam-macam sakit dah saya dah dapat, kesan dia tu. Dos pun makin lama makin tinggi. Sampai ke matilah minum benda ni, punca ketum je asalnya.

“Ini pengalaman sayalah. Orang lain tak tahu. Kepada rakan-rakan yang baru jinak-jinak minum ketum tu, kalau boleh berhenti, berhentilah minum.

“Rosakkan badan je. Badan elok-elok sihat jadi sakit-sakit urat sendi, gian. Itu belum bab kantoi dengan polis lagi tu,” tulisnya mengakhiri perkongsian. 

Artikel Lain