BOLEH dikatakan zaman sekarang semakin ramai yang prihatin terhadap aspek penjagaan kesihatan dan cuba mengurangkan pengambilan gula.
Justeru, kebanyakan individu memilih untuk memesan air kosong ketika menjamu selera di luar.
Namun begitu, ada sesetengah restoran tidak menyediakan air kosong, sebaliknya menjual air mineral sebagai alternatif, yang lazimnya berharga tidak kurang dari RM3.

Pengambilan air putih sememangnya baik untuk kesihatan. -Gambar hiasan
Di laman Threads, seorang individu meluahkan rasa geram dan tidak berpuas hati terhadap 'amalan' tersebut yang dianggap membebankan pelanggan.
"Kepada semua restoran yang ada air manis tapi tak benarkan pembelian air kosong, kena beli pula air mineral sampai RM3 hingga RM5, semoga bisnes anda melingkup dan dilaknat tuhan.
"Satu penganiayaan terhadap masyarakat dan bawa mudarat besar. Tak cukup ke mak bapa pakcik, makcik korang kena kencing manis?
"Sampai terpaksa beli air manis sebab lagi murah dari air mineral," tulisnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Harga mahal terbongkar, pemilik dedah dah dapat green light KPDN... tak perlu marah kalau tak pernah datang - “Kami bukan kedai tomyam biasa”
ARTIKEL BERKAITAN: Tengok bil, pelanggan terbantut nak makan tengah hari! Benarlah cakap-cakap ‘ambil sotong kena pancung’
Tidak bermaksud untuk menghentam mana-mana peniaga, individu berkenaan berkata tujuannya membuat posting hanyalah untuk menegur kerana percaya penyediaan air kosong sepatutnya menjadi keutamaan di premis makanan.
Menurutnya, bukan semua pelanggan mahu mengambil minuman manis, dan tidak wajar jika mereka terpaksa membayar lebih hanya untuk mendapatkan pilihan yang lebih sihat.
Seorang individu berasa geram terhadap restoran yang tak sediakan air kosong dan hanya jual air mineral mahal.
Dia anggap tindakan itu membebankan pelanggan hingga terpaksa membeli air manis yang lebih murah.
Ujarnya penyediaan air kosong patut menjadi keutamaan demi pilihan lebih sihat.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi, ada yang setuju dan berkongsi pengalaman serupa.
Namun ada netizen berpendapat restoran tak wajib sediakan air kosong, malah mencadangkan pelanggan bawa air sendiri.
"Nak jual air mineral silakan, tapi sediakan juga pilihan air kosong.
"Kalau tak boleh bagi manfaat dekat orang, jangan pula tambah mudarat," luahnya lagi.
Perkongsian individu tersebut mengundang plebagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Ada yang bersetuju dengan pendapatnya dan berharap lebih banyak premis makanan mempertimbangkan penyediaan air kosong kepada pelanggan.

Sebahagian daripada komen warga maya.
"Saya pernah kena, biasa makan order air kosong sahaja. Tapi dia tak jual, kena beli mineral botol.
"Akhirnya ada juga yang bersuara. Ada sesetengah kedai cakap air kosong tak ada, air mineral je available. Dah la caj RM3," komen netizen.
Namun ada yang berpendapat sebaliknya dengan menganggap restoran tidak mempunyai kewajipan untuk menyediakan air kosong, justeru pelanggan disarankan membawa sahaja air sendiri sekiranya tidak mahu mengeluarkan kos tambahan.


