TIDAK semua orang selesa 'membuka' pintu rumah untuk tetamu bermalam atas pelbagai faktor khususnya melibatkan privasi.
Walaupun tuan rumah cuba memberikan alasan secara berlapik, namun tidak dinafikan ada segelintir yang tidak mempunyai common sense, sebagaimana situasi dikongsikan seorang wanita ini.
Menerusi hantaran di laman Threads, wanita tersebut meluahkan rasa kurang senang apabila mengetahui kenalan suaminya mahu tumpang bermalam di rumah mereka ketika bercuti kelak.

Tetamu juga perlu menjaga adab ketika berkunjung ke kediaman keluarga atau kenalan. -Gambar hiasan AI
"Macam mana nak bagi alasan untuk tidak bagi tetamu (bukan mahram) bermalam di rumah kita yang tak ada bilik tetamu?
"Kita bagi alasan cakap rumah tak ada bilik... boleh pula dia cakap nak tidur dekat ruang tamu.
"Tak selesa orang bertamu sebab kena tutup aurat. Lagi-lagi ada anak gadis," tulisnya dalam perkongsian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak bengang kawan rapat mak ayah lepak rumah sampai 3.30 pagi, kalau ‘sound’ biadab pula
ARTIKEL BERKAITAN: Kenalan, saudara sering tumpang bermalam di rumah... Anak syak sebenarnya nak menginap hotel free! Kesian ibu dah macam housekeeping
Menurut wanita berkenaan, sebelum ini tetamu yang sama pernah menumpang di rumah mereka dan berkelakuan tidak semenggah, menyebabkan dia benar-benar serik.
"Pernah juga beberapa kali mereka bermalam, sudahnya buat macam rumah sendiri. Kasut park dalam rumah, takut orang curi sedangkan tuan rumah sendiri pun letak kasut selipar dekat luar.
"Memang insaf dah nak bagi depa bermalam. Tetamu tu datang just untuk bercuti. Maybe jimat duit sebab tak kena bayar hotel," tulisnya lagi.
Seorang wanita kurang senang apabila kenalan suaminya mahu tumpang bermalam walaupun kediaman sempit dan tiada bilik tetamu.
Tetamu tersebut tetap berkeras mahu tidur di ruang tamu, sedangkan wanita itu tidak selesa.
Tetamu sama pernah bermalam sebelum ini dan buat 'kepala sendiri'.
Suaminya pula serba salah untuk menolak kerana ingin menjaga hati kenalan.
Warga maya menyokong wanita tersebut dan menyarankan agar dia lebih tegas.
Bukan tidak menyuarakan kepada suami, namun wanita itu berkata pasangannya juga serba salah untuk menolak demi menjaga perasaan kenalannya.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya memahami situasi yang dialami wanita berkenaan.
Ramai bersetuju bahawa tuan rumah berhak menentukan batas privasi dan keselesaan di kediaman sendiri, lebih-lebih lagi apabila melibatkan tetamu bukan mahram.

Sebahagian reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Tidak kurang yang menasihatkan agar wanita itu lebih tegas dalam menyatakan pendirian, terutama apabila kehadiran tetamu boleh mengganggu ruang peribadi keluarga.
"Abaikan saja kalau menekan-nekan. Hentikan suka-suka ajak orang datang rumah. Ada jenis takde common sense dan ikut kepala dia je.
"Bagi alasan tiada dekat rumah pada tarikh berkenaan.
"Boleh cakap mentua atau parents awak yang nak datang, jadi ruang tamu pun penuh," komen netizen.


