PENGALAMAN bekerja sambilan sepatutnya menjadi ruang dan peluang untuk mencari pengalaman sambil belajar hidup berdikari.
Namun bagi seorang gadis, dia meluahkan rasa terkilan apabila pekerjaannya dipandang rendah oleh seorang wanita bergelar ibu di hadapan anak kecilnya.
Menurut perkongsiannya, kisah bermula ketika dia sedang menyusun patung di tempat kerja dan seorang kanak-kanak datang meminta bantuan untuk menukar token.

Seorang ibu perlu menjaga tutur kata walaupun ketika memberi nasihat kepada anak. -Gambar hiasan AI
"Ada budak datang cakap macam ni, kakak I want to change token. Budak tu dalam usia lapan hingga sembilan tahun macam tu.
"Aku tak sempat cakap lagi, mak dia menyampuk adik talk in Malay, kakak tu tak faham English. Aku pun senyum saja dekat makcik tu," cerita individu tersebut, dipercayai bekerja di pusat hiburan kanak-kanak.
Sambil menarik tangan anaknya menuju ke mesin token, dia terdengar si ibu memberi pesanan kepada anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” - Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf
ARTIKEL BERKAITAN: 'Promoter' butik geli sentuh tangan rider, ambil makanan guna hujung jari sambil buat muka jijik
Kata-kata yang diungkapkan wanita berkenaan ternyata mengguris hati dan perasaannya.
"Lepas tu dia pergi berjalan menuju ke mesin tukar token sambil cakap adik study hard ya. Kalau tak nanti jadi macam kakak tu kerja susun patung je.
"Aku terdiam sekejap. Saya tengah mohon sambung belajar ijazah ni makcik cuma belum dapat tawaran je," ujarnya lagi.
- Wanita terkilan seorang makcik memperlekeh kerjanya di hadapan anak kecil.
- Insiden bermula ketika kanak-kanak meminta bantuan menukar token.
- Ibu itu menasihati anaknya belajar rajin-rajin supaya tidak berdepan nasib seperti wanita itu.
- Wanita itu sebenarnya sedang mohon sambung ijazah dan hanya bekerja sambilan.
- Netizen kecam sikap wanita tersebut dan menegaskan pekerjaan orang lain tidak wajar dipandang rendah.
Pengalamannya itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata pernah berdepan situasi sama apabila diri mereka dipandang rendah hanya kerana bekerja dalam sektor perkhidmatan atau pekerjaan sambilan.
"Dulu lepas ambil ijazah, saya kerja sebagai promoter. Banyak kali kena macam ni. Bila saya buka mulut, saya speaking baru mereka tahu.
"Nampak sangat makcik tu yang tak belajar tinggi. Kalau dia tahu, ramai je budak dekat universiti buat kerja sambilan atau retail sambil tunggu tawaran. Orang berpelajaran tak ada fikiran macam tu," komen beberapa netizen.


