suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersara dunia seni, pelakon popular pilih jadi ‘abang bomba’

Chang Hyun nekad dengan keputusannya.

PELAKON asal Korea Selatan, Ahn Chang Hyun membuat pengumuman mengejutkan memberitahu dia memilih jalan untuk meninggalkan dunia seni. 

Berkongsi perkara tersebut, Chang Hyun, 31, mahu memulakan kerjaya baharu sebagai seorang anggota bomba dan penyelamat. 

"Saya akan tamatkan perjalanan sebagi seorang pelakon dan menjadi anggota bomba yang menyelamatkan serta membantu orang lain," katanya ringkas. 

Surat terbuka Chang Hyun buat peminat. 

Chang Hyun memaklumkan perkara tersebut di media sosial miliknya agar tidak timbul sebarang kekeliruan di masa akan datang. 

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci punca dia nekad untuk menamatkan kerjaya seni. 

Namun pelakon ini memberitahu keputusannya untuk menyertai badan beruniform itu adalah atas niat ingin membantu golongan memerlukan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun kembali aktif selepas setahun ‘pencen’, dapat kepercayaan jenama fesyen 

ARTIKEL BERKAITAN: Heo Yi Jae dedah punca bersara, pelakon lelaki 'menggatal' ajak tidur sama... Terus hilang minat berlakon

"Saya ada keinginan untuk menyelamatkan manusia. 

"Saya akan terus mencabar diri sehingga berjaya," jelasnya. 

Untuk info Chang Hyun sebelum ini pernah muncul dalam drama popular seperti Long-Distance Relationship Trap, The Kidnapping Day dan Ms Incognito. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain