PELAKON Ratu Sofya mendedahkan mengalami kerugian besar susulan kenyataan sebuah syarikat produksi yang mendakwa dia berdepan konflik keluarga.Menurutnya, kenyataan tidak benar tersebut telah menimbulkan salah faham sehingga beberapa jenama mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak kerjasama. "Sudah pasti kerugian dari segi wang. Ada kontrak bersama jenama yang telah dibatalkan. Namun, untuk jumlah angkanya saya tidak boleh sebut," katanya.Ratu Sofya tidak berdiam selepas kerjaya seninya terjejas. Ratu Sofya sebelum itu tampil membuat laporan polis terhadap syarikat produksi HAS Pictures selepas proses perbincangan dengan pihak berkenaan gagal mencapai kata sepakat.Isu mula timbul apabila pelakon itu dikatakan enggan terlibat dalam sesi promosi filem terbaharu lakonannya berjudul Dosa Penebusan atau Pengampunan.Wakil pihak penerbit memberitahu Ratu Sofya tidak mahu mempromosikan karya berkenaan kerana mengandungi babak intim.ARTIKEL BERKAITAN: Enggan promosi filem gara-gara babak panas lakonannya, Ratu Sofya berdepan tindakan saman ARTIKEL BERKAITAN: Berkat hobi berkebun, vokalis Slank kini tak beli sayur di pasar... Badan jadi lebih sihatMalah, dalam satu sesi sidang media, HAS Pictures juga mengeluarkan kenyataan seolah-olah memberi gambaran hubungan antara Ratu Sofya dan keluarganya tidak baik.Menjawab segala tuduhan, pelakon itu menegaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarganya.Ratu Sofya dalam masa sama akan meneruskan promosi filem berkenaan sekiranya pihak produksi sedia memberikan kerjasama."Saya tidak pernah cakap tidak mahu. Saya hanya meminta hak dan permohonan maaf kerana mereka sudah melakukan kesilapan," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!