SELEPAS hampir setahun menyepi daripada dunia hiburan, pelakon Kim Soo Hyun dilaporkan bakal kembali aktif menerusi penggambaran sebuah iklan fesyen.Allkpop melaporkan, aktor berusia 38 tahun itu dijadualkan menjalani sesi penggambaran untuk jenama fesyen terkenal dari Filipina pada 14 Julai ini. Kemunculan semula Soo Hyun menerusi kempen pengiklanan dilihat sebagai satu perkembangan positif memandangkan industri tersebut amat menitikberatkan imej dan reputasi selebriti yang dilantik sebagai duta jenama.Soo Hyun sebelum ini terpalit dengan pelbagai kontroversi.Keputusan jenama untuk terus mengekalkan Soo Hyun sebagai wajah kempen mereka turut dianggap sebagai tanda keyakinan terhadap pelakon berkenaan.Sebelum ini, Soo Hyun menjadi bualan selepas dia dikaitkan dengan kematian pelakon Kim Sae Ron yang ditemui tidak bernyawa di rumahnya pada 16 Februari tahun lalu.Soo Hyun dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi punya fasal, Kim Soo Hyun kena saman RM9 jutaARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun nampak makin kurus tak bermaya, didakwa sedang berdepan masalah kewanganWalaupun menyangkal semua dakwaan tersebut namun muncul pelbagai bukti termasuk gambar dan video yang menyokong dakwaan terhadapnya.Tidak hanya itu, Soo Hyun juga berdepan saman daripada sebuah jenama kosmetik yang menuntut ganti rugi sekitar 2.8 bilion won atas dakwaan mencemarkan imej sebagai duta produk.Pihak pelakon itu bagaimanapun menegaskan tuduhan berkenaan tidak berasas dan kontrak tidak boleh ditamatkan hanya berdasarkan dakwaan yang belum disahkan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!