suria

Kontroversi punya fasal, Kim Soo Hyun kena saman RM9 juta

Soo Hyun terus dihimpit kontroversi saman.

BELUM reda kontroversi membabitkan dirinya, pelakon Kim Soo Hyun berdepan tindakan saman berjumlah RM9 juta.

Saman tersebut dikemukakan oleh dua buah syarikat yang sebelum ini telah melantik Soo Hyun sebagai duta produk mereka.

Tindakan saman itu dibuat susulan kedua-dua buah syarikat tersebut mengalami kerugian selepas kontroversi melanda dirinya.

Kontroversi turut menjejaskan kerjaya Soo Hyun.

Seorang peguam yang dikenali sebagai Park Sung Woo dalam satu kenyataan memberitahu Soo Hyun berkemungkinan akan berdepan lebih banyak tindakan saman.

“Kim Soo Hyun telah tanda tangan kontrak bersama 15 jenama berbeza.

“Dua syarikat telah mengambil tindakan dan kemungkinan syarikat lain juga akan melakukan perkara sama,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul pelakon bernama ‘A’ jadi bukti Kim Soo Hyun bukan kekasih Kim Sae Ron

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Soo Hyun menangis dalam sidang media, mengaku seorang pengecut rahsia peribadi dibongkar

Nama Soo Hyun sebelum ini menjadi bualan selepas dia dikaitkan dengan kematian pelakon Kim Sae Ron yang ditemui tidak bernyawa di rumahnya pada 16 Februari lalu.

Soo Hyun dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Sae Ron ketika mendiang masih di bawah umur.

Walaupun menyangkal semua dakwaan tersebut namun muncul pelbagai bukti termasuk gambar dan video yang menyokong dakwaan terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain