suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rossa berhasrat anjur satu acara istimewa, beri pakaian terpakai kepada penyanyi baharu

Rossa sebelum ini banyak menerima tajaan pakaian daripada rakan pereka fesyen.

PENYANYI Rossa menyimpan hasrat menganjurkan sebuah acara untuk memberikan pakaian-pakaian lama miliknya kepada artis baharu. 

Kompas melaporkan, Rossa memberitahu pendatang baharu boleh menggunakan peluang tersebut dan memilih mana-mana pakaian yang sesuai untuk digayakan di atas pentas. 

"Sebenarnya saya ada menyimpan hasrat untuk membuat satu event di mana baju-baju lama saya mahu diberikan kepada artis lain. 

Rossa mahu berkongsi manfaat kepada pendatang baharu Indonesia.

"Jadi penyanyi baru boleh datang dan pakai pakaian milik saya itu," katanya. 

Dalam pada itu, Rossa memberitahu dia merasakan tindakan yang dilakukan itu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada penyanyi lain. 

"Pakaian saya itu agak mahal juga ya, sampai puluhan juta (rupiah). Peserta Indonesian Idol tahun ini banyak juga yang menggunakan baju saya untuk membuat persembahan dan ada juga yang mereka bawa pulang terus. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa tak pernah beli baju raya, setiap tahun dapat percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa pertahan wanita buat pembedahan plastik, setiap orang berhak nak cantik

"Tapi pakaian yang simpan memori untuk saya... itu saya akan simpan buat koleksi peribadi,” ujarnya. 

Tambah penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu lagi, tindakannya melakukan perkara itu juga merupakan tanda sokongan terhadap kerjaya generasi muda dalam dunia muzik. 

"Saya banyak menerima baju tajaan daripada rakan-rakan pereka fesyen, kalau saya rasa almari saya sudah mula penuh, saya akan berikan kepada orang lain," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain