PELAKON Park Seo Joon menerima pujian daripada peminat susulan membantu menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak yang bertarung nyawa dengan tumor otak.
Seo Joon menanggung kos pembedahan transplan sel hematopoietic stem yang diperlukan bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan.
Sebagai tanda penghargaan, ibu bapa kanak-kanak tersebut turut menulis sepucuk surat tulisan tangan kepada Seo Joon yang berterima kasih dengan bantuan diberikan.
Seo Joon menerima surat ucapan terima kasih atas bantuan diberikan.
Menerusi surat itu, mereka turut menyatakan kanak-kanak itu menghidap tumor otak sejak Januari 2024 namun terpaksa menangguhkan rawatan kerana tidak mempunyai wang.
“Ketika pertama kali kami dimaklumkan tentang keadaan anak, kami seperti putus harapan dan kecewa.
“Namun rawatan pertama hematopoietic membuatkan kami sekeluarga kembali bersemangat kerana percaya ada sinar harapan buat anak kami,” tulis surat berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Park Seo Joon bercinta dengan pelakon cantik dari Amerika, agensi akhirnya buka mulut
ARTIKEL BERKAITAN: Ada kisah Park Seo Joon tak guna nama sebenar, satu studio ketawa apabila tahu sebabnya!
Seo Joon turut berkongsi surat berkenaan di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pasangan berkenaan meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu Seo Joon yang menanggung kos pembedahan anak mereka.
Malah berharap suatu hari nanti dapat bertemu dengan aktor popular itu bagi mengucapkan terima kasih.
“Memang terkejut apabila mendapat tahu Park Seo Joon yang membantu kami.
Seo Joon berbesar hati dapat membantu keluarga kanak-kanak berkenaan.
“Jika diberi peluang, kami ingin bertemu dengannya dan mengucapkan terima kasih kepadanya,” kata pasangan itu lagi.
Sementara itu, Seo Joon memberitahu dia berbesar hati dapat membantu keluarga berkenaan dan berjanji akan menjalani kehidupan dengan baik selepas ini.
Seo Joon juga meluahkan hasrat bertemu dengan kanak-kanak tersebut selepas dia kembali sihat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!