suria

Kecoh Park Seo Joon bercinta dengan pelakon cantik dari Amerika, agensi akhirnya buka mulut

Seo Joon didakwa bercinta dengan Lauren (kanan).

PELAKON Park Seo Joon didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres dari Amerika Syarikat iaitu Lauren Tsai.

Allkpop melaporkan, sebelum ini tular di media sosial foto Seo Joon bersama seorang wanita tidak dikenali berada di Jepun.

Menurut sumber, dia terserempak dengan Seo Joon bersama wanita dipercayai Lauren yang membintangi siri Netflix berjudul Terrace House.

psj - 1

Peminat membuat spekulasi berdasarkan persamaan tas tangan milik Lauren (kiri).

"Tempoh hari saya terserempak dengan Seo Joon. Kami sahaja yang perasan namun kakitangan Seo Joon meminta untuk kami merahsiakannya," katanya.

Foto yang dikongsi oleh individu berkenaan memaparkan pelakon drama Gyeongseong Creature itu sedang berjalan di hadapan seorang wanita yang didakwa sebagai Lauren.

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Jon tak main-main, heret netizen ke mahkamah atas kesalahan fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Park Seo Joon pernah dikritik kerana wajah biasa-biasa, disaran buat pembedahan plastik

Bagaimanapun, agensi pengurusan Seo Joon iaitu Awesome ENT telah pun mengeluarkan kenyataan ringkas berkenaan khabar angin tentang aktor berkenaan.

Menurut mereka, pihak agensi tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana ia merupakan hal peribadi.

"Kami harap anda faham bahawa kami tidak boleh mengesahkan perkara peribadi di luar jadual rasmi pelakon (Seo Joon) itu," ujarnya.

Sebelum ini, Seo Joon juga pernah digosipkan bercinta dengan penyanyi Xooos namun kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan tentang khabar angin tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain