suria

Lady Gaga jujur mengaku buat konsert ketika dijangkiti Covid-19, peminat marah ugut nak boikot

Gaga tetap teruskan konsert ketika dijangkiti Covid-19.

PENYANYI Lady Gaga secara terbuka mendedahkan dia pernah meneruskan konsert jelajah ketika sedang dijangkiti Covid-19.

Menurut Gaga, ia berlaku ketika dia menjayakan konsert jelajah Chromatica Ball pada tahun 2022.

"Saya berkongsi tentang hal itu dengan pasukan saya sahaja. Saya tidak mahu menghampakan peminat.

Gaga 1

Gaga maklumkan perkara itu ketika tayangan filem konsertnya di Los Angeles.

"Mereka telah membahayakan diri untuk datang ke konsert saya (ketika pandemik), disebabkan itu saya meneruskan persembahan," katanya.

Gaga bercakap demikian ketika ditemu bual semasa tayangan filem konsertnya di Los Angeles pada Jumaat.

Tindakan tersebut mendapat kecaman banyak pihak kerana menganggap penyanyi tersebut tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya gosip sudah berpisah dengan Ben Affleck, reaksi spontan Jennifer Lopez mengejutkan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Takut persepsi buruk selepas keluar penjara... Jung Joon Young sedia tinggalkan karier nyanyian, kerja belakang tabir

Malah ada yang berpendirian enggan memberikan sokongan terhadap mana-mana konsert melibatkan Gaga selepas ini.

"Dia sangat tidak bertanggungjawab... pentingkan diri sendiri.

"Terus rasa tidak minat untuk menyokong Lady Gaga selepas ini. Cancel!" komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain