suria

Takut persepsi buruk selepas keluar penjara... Jung Joon Young sedia tinggalkan karier nyanyian, kerja belakang tabir

Selepas 5 tahun meringkuk dalam penjara, Joon Young mahu jadi penerbit.

PENYANYI Jung Joon Young dikhabarkan membuat perancangan untuk kembali semula di dalam industri seni selepas hampir dua bulan keluar daripada penjara.

Xports News melaporkan, Joon Young, 35, tidak akan kembali menyanyi sebaliknya mahu menyambung kerjaya di belakang tabir sebagai penerbit muzik.

Penyanyi itu dikatakan mengambil keputusan berkenaan kerana takut dengan kecaman masyarakat terhadapnya.

Copy of Untitled - 2024-05-23T115136.194

Joon Young takut dengan tanggapan buruk masyarakat.

Bagaimanapun netizen di media sosial rata-rata menentang keputusan berkenaan dan menganggap bekas banduan sepertinya tidak layak kembali ke dalam industri.

"Muka tak malu! Ada hati nak kembali dalam industri muzik. Siapa yang nak dengar muzik dari bekas banduan?

"Dia pun tiada lagu yang popular macam mana nak jadi penerbit muzik, kelakar betul," komen netizen

Pada tahun 2019, Joon Young didakwa atas kesalahan jenayah kes rogol serta merakam dan menyebarkan video seks tanpa kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tahun meringkuk dalam penjara, Jung Joon Young akhirnya bebas

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen tak senang tengok Seungri datang Malaysia buat show di majlis VIP, masih marah isu skandal ‘Burning Sun’

Selain merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkannya, penyanyi berkenaan turut didakwa merogol seorang wanita di Daegu pada 2016.

Pada 2020, mahkamah memutuskan Joon Young dipenjara lima tahun serta perlu menjalani program pendidikan mengenai jenayah seksual.

Pada tahun 2021, Joon Young turut dilaporkan terlibat dengan skandal Burning Sun yang turut melibatkan penyanyi Seungri dan Choi Jong Hoon dari FT Island.

Joon Young menjadi terkenal selepas muncul dalam program uji bakat Superstar K4 pada 2012 dan rancangan realiti 2 Days & 1 Night.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain