suria

5 tahun meringkuk dalam penjara, Jung Joon Young akhirnya bebas

Joon Young bebas selepas menjalani hukuman penjara lima tahun.

PENYANYI Jung Joon Young dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman selama lima tahun.

News 1 melaporkan Joon Young, 35, yang menjalani hukuman di sebuah penjara di Mokpo, Jeolla Selatan dibebaskan pada pagi Selasa.

Ketika berjalan keluar, Joon Young tampil memakai pakaian serba hitam selain mengenakan kaca mata hitam dan pelitup muka bagi melindungi identitinya daripada sekumpulan wartawan menanti pembebasannya.

Joon Young

Kes membabitkan Joon Young mendapat liputan meluas media di Korea Selatan.

Penyanyi itu bagaimanapun tidak menjawab sebarang soalan diajukan wartawan dan terus bergerak pulang menaiki sebuah kenderaan yang menantinya.

Pada 2019, Joon Young didakwa atas kesalahan jenayah kes rogol serta merakam dan menyebarkan video seks tanpa kebenaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlibat aktiviti pelacuran, Jung Joon Young, Seungri & Jonghun digam stesen TV Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Video Seks Mirip Jung Joon Young Tersebar

Selain merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkannya, penyanyi berkenaan turut didakwa merogol seorang wanita di Daegu pada 2016.

Pada 2020, mahkamah memutuskan Joon Young dipenjara lima tahun serta perlu menjalani program pendidikan mengenai jenayah seksual.

Joon Young menjadi terkenal selepas muncul dalam program uji bakat Superstar K4 pada 2012 dan rancangan realiti 2 Days & 1 Night.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain