suria

Hati Ailee sudah dimiliki, bakal kahwin ahli perniagaan tahun depan 

Ailee dilaporkan bakal berkahwin tahun depan.

PENYANYI Ailee dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya tahun depan.

Jejaka yang berjaya menawan hati Ailee atau Lee Ye Jin itu difahamkan seorang ahli perniagaan dan bukan dalam kalangan selebriti di Korea Selatan.

Syarikat pengurusan Ailee iaitu A2G Entertainment turut mengesahkan berita gembira tersebut dan meminta peminat mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai

ARTIKEL BERKAITAN: Ailee Beri Kata Semangat Kepada Peminat

Malah menerusi kenyataan dikeluarkan kepada media di Korea Selatan, Ailee sendiri akan memaklumkan mengenai hari bahagianya kepada peminat apabila sudah bersedia.

"Ailee sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bukan dalam kalangan selebriti selepas berkenalan menerusi kenalan.

"Pasangan ini merancang mendirikan rumah tangga tahun depan.

"Apabila Ailee bersedia, dia sendiri akan menyampaikan berita gembira ini kepada peminat," kata wakil agensi tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain