suria

Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai

Aina Abdul dipilih sebagai penyanyi pembukaan konsert Ailee di Kuala Lumpur.

NAMA penyanyi Korea Selatan iaitu Ailee bukan asing dalam kalangan peminat kdrama di Malaysia.

Mana tidaknya lagu nyanyian Ailee seperti I Will Go To You Like The First Snow, Breaking Down dan Goodbye My Love menjadi runut bunyi (OST) beberapa kdrama yang popular di negara ini.

Buat pertama kalinya, Ailee bakal menghiburkan peminat di negara ini menerusi konsert jelajahnya iaitu I Am: Here pada 22 Jun nanti.

Lebih menarik, konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu turut menampilkan penyanyi popular Aina Abdul.

WhatsApp Image 2024-03-06 at 12.06.19

Ailee bakal bertemu peminat di Malaysia buat kali pertama.

Pemenang tiga kali kategori Vokal Terbaik Anugerah Juara lagu (AJL) itu dipilih sebagai penyanyi pembuka tirai konsert berkenaan.

Aina yang merupakan bekas peserta program realiti Mentor cukup terkenal dengan penyampaian penuh emosi dan bijak mengawal pentas dalam persembahannya.

Tampil dengan single pertama berjudul Inyan Kaumafu pada 2015, sejak itu kariernya terus memuncak apabila bakatnya sebagai penyanyi, penulis lagu, pengeluar rakaman dan pelakon semakin menyerlah.

418748900_18411158506015075_3487401800683307808_n

Aina berjaya menawan hati pendengar dengan lirik lagu yang menyentuh.

Tidak hanya berbakat besar dalam dunia nyanyian, Aina juga terkenal dengan fesyen unik dalam persembahannya sama seperti Ailee.

Aina juga pernah tampil dengan beberapa video lagu cover nyanyian Ailee di saluran YouTube.

Selepas namanya menlonjak naik, Aina terus bergiat aktif menghasilan pelbagai single baharu seperti Blue (2023), I Lost Me (2023), Fool (2022), Tunggu Kamu (2021), Nafas Cinta (2020), Mungkin (2020), Same Kind (2018), Hashtag (2018) dan banyak lagi.

fdsfs

Tiket konsert I Am: Here sudah pun mula dijual.

Tarikh 22 Jun depan pasti menjadi hari istimewa yang jarang berlaku apabila Aina dan Ailee yang merupakan pemenang Vokal Terbaik Anugerah Muzik Asia Mnet empat tahun berturut-turut digandingkan di atas pentas sama.

Peminat boleh mendapatkan tiket konsert Ailee I Am: Here menerusi enam pilihan iaitu Super Aileens/VIP pada harga RM858, CAT1 (RM628), CAT2 (RM528), CAT3 (RM428), CAT4 (RM358), dan CAT5 (RM288).

Tiket konsert berkenaan sudah pun mula dijual menerusi laman web LOL Asia sejak 2 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain