suria

Video Seks Mirip Jung Joon Young Tersebar

Jung Joon Young mengakui pernah merakamkan video seks bersama bekas teman wanitanya namun ia telah dipadam.

NAMA penyanyi dan pelakon Jung Joon Young menjadi perhatian peminat apabila dia dikatakan sebagai individu dalam sebuah video seks bersama seorang wanita yang tersebar luas di internet baru-baru ini.

Keadaan itu memaksa syarikat pengurusannya C9 Entertainment tampil menyangkal dakwaan berkenaan walaupun mereka sebelum ini enggan memberi sebarang kenyataan kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi lebih parah.

"Lelaki di dalam video berkenaan bukan Joon Young seperti mana diperkatakan.

"Pihak kami menyedari tentang cakap-cakap mengaitkan artis kami namun enggan membuat sebarang kenyataan kerana merasakan tidak perlu berbuat demikian memandangkan lelaki dalam video itu bukan Joon Young.

"Bagaimanapun C9 Entertainment merasakan sudah tiba masanya kami tampil membuat penjelasan kerana ia semakin serius dan mencalar nama baik Joon Young," kata wakil agensi berkenaan dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Soompi.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak syarikat masih dalam peringkat perbincangan berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap pihak yang cuba merosakkan nama baik Joon Young.

"Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas menyiasat siapa dalang yang menyebar video berkenaan selain menuduh lelaki dalam video itu sebagai Joon Young," kata kenyataan itu lagi.

Terdahulu, penyanyi berkenaan mengakui ada merakam video seks dengan bekas kekasihnya namun menegaskan ia atas persetujuan dengan wanita berkenaan namun ia telah dipadam.

Pada 6 Ogos lalu, seorang wanita yang juga bekas teman wanitanya membuat laporan polis berhubung video seks berkenaan.

Namun wanita tersebut menarik balik laporan tersebut berikutan tiada bukti kukuh.

Jung Joon Young

Artikel Lain