suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sehun (EXO) Dituduh Tidak Prihatin Bencana Alam Korea

GARA-GARA memuat naik foto keadaan cuaca yang cerah dan panas, Ahli EXO iaitu Sehun menerima kecaman apabila dituduh tidak prihatin dengan bencana alam yang menimpa beberapa kawasan di Korea.

Menyedari kesilapan tersebut, Sehun membuang foto berkenaan dan meminta maaf kerana tindakan itu menimbulkan salah faham banyak pihak yang sedang bersedih.

Biarpun masih menerima kecaman, beberapa peminat kumpulan itu turut cuba membela penyanyi kesayangan mereka.

Peminatnya menjelaskan penyanyi berkenaan tidak tahu tentang bencana alam yang berlaku di Busan, Ulsan dan Pulau Jeju yang baharu sahaja dilanda taufan.

EXO baharu sahaja tiba Korea setelah selesai jelajah dari Jepun.

"Cuaca di Seoul ketika itu memang sedang panas terik. Jangan salahkan dia kerana saya sendiri baru tahu tentang bencana di Busan," kata peminatnya.

Sehun EXO

Artikel Lain