suria

Terlibat aktiviti pelacuran, Jung Joon Young, Seungri & Jonghun digam stesen TV Korea

Tiga selebriti Kpop diharamkan keluar tv.

STESEN televisyen Korea MBC membuat keputusan untuk menyenarai hitam tiga selebriti kontroversi iaitu Jung Joon Young, Seungri dan Jonghun selepas berhadapan tuduhan terbabit aktiviti pelacuran.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, stesen penyiaran tersebut akan mengharamkan Jung Joon Ypung daripada semua penampilannya sejak akhir bulan lalu.

"Selepas berbincang dengan beberapa pihak, stesen penyiaran MBC mengharamkan penampilan Jung Joon Young sejak akhir bulan lalu.

"Sementara Seungri dan Choi Jonghun akan disenarai hitam buat sementara," ujar kenyataan daripada wakil stesen televisyen tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Raline Shah buka mulut isu kes aktiviti pelacuran Seungri


Tiga selebriti popular disiasat berhubung skandal pelacuran.

Tambahnya, larangan penuh terhadap penampilan Jung Joon Young berikutan artis terbabit sudah diputuskan dan disabitkan pertuduhannya.

Sementara dua selebriti lain masih lagi dalam siasatan.

Terdahulu, stesen televisyen KBS terlebih dahulu menyenarai hitamkan tiga selebriti terbabit buat sementara waktu.

Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada tahun 2015.

Selain itu, dia juga terlibat dalam mengatur beberapa aktiviti sama yang pernah dihoskannnya di Filipina pada Disember 2017.

Seungri dikatakan bertindak sebagai pengawai ekskutif di mana dia didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang mudah alih dengan rakan-rakannya.

SUMBER: ALLKPOP

Seungri, Jonghun, Jun Joong Young, KBS, MBC

Artikel Lain