Seungri mungkin masuk penjara dua hingga tiga tahun - Bintang Global | mStar

Seungri mungkin masuk penjara dua hingga tiga tahun

Seungri masih belum ditahan polis selepas dituduh mengatur aktiviti pelacuran sejak awal tahun ini.

PENYANYI Seungri masih belum ditahan polis selepas dia disahkan terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk beberapa golongan ternama sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun menurut laporan The Straits Times, peguam Kim Kwang-Sam memberitahu bekas anggota kumpulan Big Bang itu bakal berhadapan hukuman penjara selama dua hingga tiga tahun.

"Dia mungkin akan diberikan hukuman penjara selama dua hingga tiga tahun dan berkemungkinan juga dia akan dapat menjalani tempoh percubaan," katanya.

Peguam tersebut memberitahu perkara itu ketika hadir di program KBS Show Entertainment Relay.

Polis masih meneruskan siasatan menyeluruh terhadap pertuduhan yang dihadapi Seungri.

Sehingga kini, polis masih giat menjalankan siasatan menyeluruh ke atas semua pertuduhan yang dihadapi Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-Hyun, 29.

Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada tahun 2015.

Selain itu, dia juga terlibat dalam mengatur beberapa aktiviti sama yang pernah dihoskannnya di Filipina pada Disember 2017.

Seungri dikatakan bertindak sebagai pengawai ekskutif di mana dia didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang mudah alih dengan rakan-rakannya.

Seungri , Big Bang

Artikel Lain