suria

Beri bayangan bakal timang anak perempuan, netizen minta Hailey Bieber pilih nama Emory

Hailey semakin terbuka berkongsi perjalanan kehamilannya.

ISTERI penyanyi Justin Bieber memberi bayangan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Peminat mula berteka-teki tentang perkara tersebut selepas Hailey Bieber memuat naik foto kuku tangannya yang dihiasi pelekat bunga sakura.

Hailey juga merujuk bunga berkenaan sebagai sakura kecil di dalam perutnya.

hailyey

Hailey beri bayangan mengenai kehamilannya.

“Bunga sakura di kuku saya. Bunga sakura di dalam perut saya,” tulisnya pada bahagian kapsyen foto tersebut.

Memandangkan pelekat bunga sakura itu berwarna merah jambu, rata-rata peminat menganggap anak yang dikandungkan Hailey adalah perempuan.

Tidak hanya itu, mereka juga berharap Hailey memilih nama Emory untuk bayinya nanti kerana ia pernah menjadi pilihan Selena Gomez satu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka kongsi perjalanan kehamilan, Hailey Bieber mengidam makanan pedas

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber bakal jadi bapa, isteri kini hamil 6 bulan

"Mereka bakal dapat anak perempuan, warna merah jambu tanda anak perempuan!

"Harapnya Hailey letak nama anaknya Emory... supaya orang ‘sana’ cemburu," antara komen netizen.

Pada 10 Mei lalu, Justin berkongsi khabar gembira apabila isterinya kini sedang hamil enam bulan.

2687087

Ramai peminat gembira dengan kehamilan Hailey.

Pasangan ini turut memuat naik video romantis mereka berdua memperbaharui ikrar perkahwinan selepas enam tahun berkahwin.

Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain