suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka kongsi perjalanan kehamilan, Hailey Bieber mengidam makanan pedas

Hailey harap perkongsiannya tidak dikecam orang ramai.

SEJAK hamil anak pertama, isteri Justin Bieber sering mengidam makan salad telur bersama jeruk yang dipadankan dengan sos pedas.

Hailey Bieber memberitahu walaupun makanan masam dan pedas tidak baik untuk kandungannya namun dia tidak dapat menahan keinginannya.

“Saat ini keinginan terbesar saya adalah salad telur di atas jeruk dengan sos pedas,” katanya menerusi Instagram.

hailey 1

Hailey sudah tidak sorok lagi bentuk perutnya.

Menerusi hantaran tersebut, Hailey turut memuat naik foto makanan berkenaan sambil menikmatinya dengan gembira.

Ini merupakan kali pertama Hailey secara terbuka berkongsi mengenai perjalanan kehamilannya selepas mengumumkan dia dan Justin bakal menimang cahaya mata pertama pada 10 Mei lalu.

Tidak hanya itu, dia juga semakin terbuka berkongsi foto baby bump yang semakin kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber bakal jadi bapa, isteri kini hamil 6 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Justin Bieber umum bakal timang cahaya mata, Selena Gomez pula trending di X

Sebelum ini, Justin berkongsi khabar gembira apabila isterinya kini sedang hamil enam bulan.

Pasangan ini turut memuat naik video romantis mereka berdua memperbaharui ikrar perkahwinan selepas enam tahun berkahwin.

Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain