suria

Foto berpesta rosak reputasi Sophie Turner, selesai isu dengan Joe Jonas secara tertutup 

Sophie pernah melalui fasa hidup tertekan.

PELAKON Sophie Turner menerima pelbagai kecaman selepas mengumumkan perpisahan dengan penyanyi Joe Jonas sekitar September tahun lalu.

Sophie, 26, berkata, banyak cerita tidak benar tentang dia tersebar hanya gara-gara sekeping foto menunjukkan dia seolah-olah sedang berpesta.

Menjelaskan perkara tersebut buat pertama kali, Sophie memberitahu foto itu dirakam ketika dia menjalani penggambaran sebuah filem.

sophie turner 2

Joe dan Sophie sebelum ini pernah berbalah tentang isu hak penjagaan anak.

Sophie turut menyangkal dakwaan dia seorang ibu tidak bertanggungjawab dan mengabaikan anak-anaknya.

"Saya berada di set penggambaran ketika itu dan tidak boleh berjumpa anak-anak kerana perlu menyelesaikan kerja.

"Daripada situ banyak cerita tentang saya mula tersebar hanya gara-gara sekeping foto.

ARTIKEL BERKAITAN: Mediasi 4 hari berjaya, Joe Jonas tak jadi cerai Sophie Turner

ARTIKEL BERKAITAN: Joe Jonas, Sophie Turner akhirnya capai kata sepakat... Anak-anak dibenarkan tinggal di AS atau UK

"Saya rasa seperti menonton filem kisah hidup sendiri tetapi bukan saya yang menulisnya. Ia sungguh mengejutkan," katanya.

Dalam pada itu, Sophie memberitahu kehidupan dia ketika ini sudah semakin baik walaupun tidak menjelaskan secara spesifik status sebenar dengan Joe.

Bagaimanapun menurut laporan, Sophie dan Joe bersetuju menyelesaikan semua masalah rumah tangga secara tertutup tanpa melibatkan prosiding di mahkamah.

sophie 3

Pasangan ini kembali berbaik dan menyelesaikan isu keluarga secara tertutup.

Malah katanya, dia tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan akibat tekanan yang dihadapi sebelum ini.

Malah pasangan itu juga dilaporkan tidak jadi bercerai dan sudah kembali berbaik.

Sophie dan Joe bernikah apda 2019.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain