suria

Justin Bieber bakal jadi bapa, isteri kini hamil 6 bulan

Justin dan Hailey bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama.

PENYANYI Justin Bieber berkongsi khabar gembira dia dan isterinya Hailey bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Perkara terserbut turut disahkan oleh wakil pengurusan yang memaklumkan Hailey, 28, kini sedang hamil enam bulan.

Pasangan ini turut memuat naik video romantis mereka berdua memperbaharui ikrar perkahwinan selepas enam tahun berkahwin.

justin bieber 2

Justin dan isteri berkongsi detik gembira di laman sosial mereka.

Meskipun tidak menceritakan secara terperinci tentang kehamilan tersebut, namun menerusi beberapa keping gambar jelas kelihatan baby bump pada tubuh Hailey.

Malah Justin juga turut merangkul isterinya itu dalam gambar yang menunjukkan separuh badan mereka.

Ibu kepada penyanyi itu iaitu Pattie Mallete juga berkongsi kegembiraan tersebut dan memberitahu tidak sabar untuk menyambut kelahiran cucunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bimbang tengok Justin Bieber menangis, pakar bahasa tubuh syak ada masalah hubungan intim

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan bermasalah hanya khayalan orang, Hailey dan Justin Bieber tidak akan bercerai

"Saya sudah lama menunggu untuk berkongsi perkara ini. Saya tidak sabar untuk menjadi nenek," katanya.

Perkongsian tersebut disambut gembira oleh peminat dan teman-teman rapat yang sudah lama menantikan pasangan ini mendapat cahaya mata.

Untuk rekod Justin dan Hailey berkahwin pada September 2018 di New York, Amerika Syarikat selepas dua bulan bertunang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain