suria

Video tarian anggota Super Junior tersebar, peminat malu tengok aksi ghairah Eun Hyuk

Eun Hyuk bersama seorang penari wanita dikecam kerana didakwa melakukan aksi tarian ghairah.

KEMUNCULAN anggota kumpulan Super Junior iaitu Eun Hyuk bersama seorang penari wanita ketika mengadakan persembahan menimbulkan rasa kurang senang peminat.

Menerusi video yang tular di TikTok, Eun Hyuk dan penari tersebut melakukan gerakan kurang sopan ketika penyanyi itu sedang duduk di atas sebuah sofa.

Walaupun ada mempertahankan penyanyi tersebut namun ramai menempelak persembahan Eun Hyuk yang didakwa tidak sesuai untuk tontonan umum.

size NP 1 - 2024-05-25T164114.707

Peminat berang dengan tarian yang dipamerkan Eun Hyuk.

Ramai mendakwa Eun Hyuk dan penari tersebut sengaja melakukan gerakam aksi ghairah yang melampaui batas apatah lagi ia turut ditonton golongan bawah umur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat tarian ghairahnya dalam klip video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Eunhyuk beli rumah mewah, mahu bahagiakan ibu yang sakit

ARTIKEL BERKAITAN: Eun Hyuk (Super Junior) Rindukan Kehidupan Sebelum Bergelar Artis

"Ada ke peminat yang suka? Dah macam aksi lucah pula.

"Dia buat persembahan untuk siapa ni? Perlu ke menari ghairah macam itu.

"Kenapa menari sampai begitu sekali? Macam manalah perasaan para peminatnya," tulis netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain